Tinta Penulis [From.Heart.To.Heart.]




Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Akhirnya siap juga short story (nak panggil novel, biasanya novel lebih daripada 350 mukasurat, yang ni lebih kurang 140 mukasurat bersaiz kertas A4 sahaja tetapi panjang juga untuk dihabiskan) yang mengambil masa lebih kurang sebulan setengah untuk disiapkan. Ini adalah dakwah. Short story ini merupakan salah satu uslub dakwah. Dalam short story ini saya menyelitkan tentang mujahadah, terpesongnya Syiah, sedikit tentang isu perbandingan agama (comparative religion), tazkirah daripada sheikh-sheikh hebat, isu-isu Islam, sirah Fir’aun etc dan sebagainya di samping penceritaan ‘change for good’ yang dibuat oleh Nur Iman Maqsurah dan Rafeeqi Irsyad. Isu banjir dan Palestin pun ada. Saya juga menyelitkan kisah Allahyarhamah Siti Hajar binti Ahmad Sabir dalam bentuk tazkirah daripada seorang peserta Pencetus Ummah (nak tahu, kena baca) dan dalam bentuk penceritaan blog. Mungkin ramai yang tak kenal Allahyarhamah dan ramai yang kenal Allahyarham Ahmad Ammar. Namun sebenarnya Siti Hajar binti Ahmad Sabir juga syahid dan pernah menjadi muka depan akhbar Harian Metro. 
      Jangan risau, perkara-perkara yang saya kemukakan sebahagian besar ada rujukannya. Most of them (kalau perkara tentang Islam tu) saya ambil daripada kuliah Maghrib di sebuah masjid. Saya menampilkan isu-isu agama di sini dalam bentuk penceritaan. Kenapa? Supaya pembaca tidak bosan dan boleh ‘relate’kan dengan diri masing-masing. Kenapa saya menulis? Kawan saya ada berkata kepada saya, "Ain, serious ke awak nak ambil medik lepas tamat SPM nanti? Sebab saya nampak awak cenderung minat ke arah penulisanlah." Haa, yang medik tu tak tahu lagi as exam pun belum. Ulama’-ulama’ dan orang Islam yang hebat dahulu dan sekarang ramai yang terlibat dalam bidang penulisan. Lihat Profesor Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, beliau banyak menukilkan buku-buku tentang feqah dsb. Same goes to Sheikh Ahmed Deedat, Sayyid Qutb dan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. 
    Im (Im is a girl), aku ambil nama kau untuk didedikasikan dalam cerita ini. Semoga kau berada dalam kerahmatan Allah. Im Handsome (her ‘gelaran’), I miss you.
      Terima kasih kepada Nawal Zinnirah dan rakan-rakan yang telah menyokong saya dalam penghasilan cerita ni. Jasa anda dikenang. Terima kasih juga kepada Madiha Husna yang telah memberikan sepucuk surat kepada saya pada tahun lepas, mencetuskan idea dalam minda saya untuk mencari tajuk kepada short story ini. Terima kasih juga kepada Syuhada Nabila kerana memberikan buah fikiran tentang aib yang diketengahkan dalam From.Heart.To.Heart. Hampir sebahagian besar yang dialami oleh Rafeeqi Irsyad dan Nur Iman Maqsurah telah saya alami sendiri cuma saya mengubahnya sedikit bagi penceritaan yang lebih menarik. Yang kisah tentang orang yang hampir berzina tu, ya memang wujud orang itu. Alhamdulillah dia telah bertaubat. Taubatnya merupakan suatu inspirasi.
      “Manusia akan mati bila-bila masa tetapi tulisan boleh kekal selama-lamanya. Maka, tulislah perkataan yang menyebabkan kita bergembira di akhirat kelak.” Semoga secebis karya ini menjadi saham Syurga. Allah memberi saya peluang untuk berkarya kali ini dan jika karya ini tidak diizinkanNya, karya ini tidak akan siap. Selamat membaca dan jika tertarik, cuba sebarkan kepada kawan-kawan yang lain agar dakwah juga turut tersebar. Wallahua’lam. Moga Allah redha.


From heart to heart saya berbicara,
Ain Atila
16 Rabiul Awal 1436H.
(edited on 28 Rabiul Akhir 1436H)


Comments

Popular posts from this blog

Bahasa Melayu - Contoh Karangan Sastera

Akhi, Anta Hurrun!

Vehaen : Secebis Coretan