BAB 17 [From.Heart.To.Heart.]



Iman mengemaskan pakaian dan barang-barang untuk pulang ke Malaysia. Sekarang ni dah mula holiday. Dia menarik sweater rapat ke tubuh. Musim winter kali ni membuatkan suhu mencecah -4 oC, telinga dah hidung terasa beku. Tiba-tiba handpone Iman melagukan nasyid Hembusan Kasturi nyanyian Inteam. Dia mencapai handphonenya yang berada di atas meja studi.

    “Assalamualaikum.” Nombor Kak Lysa tertera di handphone.

    “Waalaikumussalam warahmatullah. Iman? Ini makcik Sakeena, ibu Lysa.” Kedengaran suara Puan Sakeena menahan sebak.

    “Ya makcik, ada apa?” Hati Iman sudah berdebar-debar, takut ada apa-apa yang terjadi pada keluarga mereka.

    “Lysa. Lysa accident, Iman. Petang tadi. Sekarang dia tengah koma.”

    Hampir terlepas handphone di tangan. Iman mengetap bibir, menahan sebak yang menggunung di dada. “Makcik, flight saya ke Malaysia malam ni, InshaAllah saya pergi jenguk Kak Lysa. Kak Lysa di hospital mana sekarang?”

    “Hospital Ipoh. Terima kasih, Iman. Nanti cakap dekat kawan-kawan Lysa yang kamu kenal juga ya.”

    “InshaAllah makcik. Assalamualaikum.”

    Iman memutuskan talian usai Puan Sakeena menjawab salamnya. Dia kemudiannya terus menelefon Ain Jasmin untuk memberitahu tentang hal ini. Kebetulan, memang Ain Jasmin dan Haseef Ashraff akan pulang ke Malaysia, jadi mungkin mereka berdua juga sempat untuk melawat Lysa.


*****


 Usai tiba di Hospital Ipoh, Iman terkaku seketika melihat ramai insan yang berkumpul di luar bilik Lysa. Dia terus mendapatkan Puan Sakeena yang sedang duduk di kerusi pelawat.

     “Makcik, Kak Lysa macam mana?” Suara Iman serak kerana menangis ketika datang perjalanan ke sini. 

    “Dia masih koma, Iman. Hari Ahad lepas lagi dia koma.” Puan Sakeena menjawab perlahan.

    “Macam mana Kak Lysa boleh accident, makcik?”

    “Hari Ahad lepas, dia ingin ke Ceramah Ustaz Adli di Kuala Kangsar. Lysa pergi dengan kawannya, Hanum. Lysa yang drive kereta. Tiba-tiba hujan lebat, ada sebuah kereta Avanza hilang kawalan disebabkan jalan licin. Kereta tu memasuki laluan bertentangan lalu merempuh kereta Lysa. Lysa cedera parah di kepala dan bahagian belakang badan, manakala Hanum cedera di kaki dan tangan. Tapi Hanum dah stabil sekarang, cuma Lysa yang teruk.”

    Allahu akbar. Luluh hati Iman mendengar kata-kata Puan Sakeena. Laju air matanya mengalir ke pipi. Dia menundukkan wajah. Puan Sakeena mengusap perlahan bahu Iman, cuba untuk memberi semangat kepadanya.



AIN JASMIN TIBA DI hospital bersama Haseef Ashraff. Iman yang mengangkat wajahnya terus menerpa ke arah Ain Jasmin tatkala melihatnya. Ain Jasmin dipeluknya dan air mata terasa ingin keluar kembali.

    “Kak Ain, Kak Lysa teruk sangat sekarang ni. Dia masih belum sedar daripada koma.” 

    Haseef Ashraff berasa simpati melihat keadaan Iman yang sembab wajahnya. Perlahan-lahan dia meninggalkan mereka berdua untuk memberi peluang kepada isterinya dan Iman berbicara.

    “Kak Ain faham perasaan Im. Kak Ain pun sedih bila tahu Lysa accident.” Ain Jasmin cuba menahan air matanya agar tidak tumpah di hadapan Iman, bimbang Iman akan menangis lagi. 

   “Tawakkal pada Allah, sayang. He knows best.” Ain Jasmin cuba untuk menguatkan semangat Iman.


*****


Iman berusaha mengingati Allah dan Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam ketika dia berasa sedih. Rasa tenang sedikit kut apabila ilmu-ilmu Islam menerjah ke fikirannya. Terngiang-ngiang apa yang Kak Nawal, fasilitator dalam Refresh Reformat Camp tu cakap kepadanya, ”Kita akan melihat Allah apabila kita berada dalam Syurga. Bukan lihat Allah fully tetapi lihat sebahagian. Analoginya begini, kalau awak lihat langit, awak bukan lihat keseluruhan langit kan? Awak hanya lihat sebahagian daripada langit kerana langit itu luas. Erm, ada ustaz akak cakap, contohnya ada air segelas di Syurga. Walaupun air yang segelas itu diminum oleh 10 orang sekalipun, means air yang sama, rasanya tetap berbeza-beza. Tetap sedap cuma rasa berbeza-beza mengikut amalan-amalan 10 orang tersebut di dunia.”


*****


Haseef Ashraff dan Ain Jasmin meminta izin untuk pulang ke rumah. Kesian ibu bapa Haseef Ashraff dan Ain Jasmin yang sedang menunggu kepulangan anak dan menantu ke Malaysia. Penat masih terasa kerana semalam mereka baru sampai ke Malaysia dan terkejar-kejar melawat Lysa di Ipoh.

    “Ain, dahlah nangis. Allah ada dengan Lysa. InshaAllah dia akan sembuh.” Haseef Ashraff mengelap air mata yang masih bersisa di wajah isterinya.

    “Ain kesian dekat Im, abang. Mesti dia rasa keseorangan di hospital tu.” 

    “Ibu Lysa kan ada? InshaAllah dia okay. Jangan stres sangat-sangat, takut effect pada baby.”

    Ain Jasmin menggangguk-angguk seraya tersenyum tawar.

    “Lepas kita balik rumah, jenguk papa, mama, umi dan abah, kita datang lagi ke hospital.”

    “Nanti boleh tak Ain nak bawa Edin untuk hiburkan Im?” Ain Jasmin bertanya dengan penuh pengharapan. Edin tu adik bongsu Haseef Ashraff berumur enam tahun.

    “Boleh sayang, boleh.” Haseef Ashraff tersenyum memujuk.

  
*****


Iman terlelap di kerusi bilik Lysa. Jetlag belum habis lagi. Dah empat hari Lysa koma. Dia di sini banyak berkenalan dengan sahabat-sahabat Lysa. Rasa bersyukur sangat-sangat sebab dapat berkenalan dengan mereka kerana mereka baik sangat-sangat dan tabah. Terasa aura ketabahan ibu bapa dan sahabat-sahabat Lysa disalurkan kepada dirinya membuatkan dia kini semakin redha dengan musibah yang menimpa orang yang dia amat sayang.

    Iman membuka mata perlahan-lahan. Kelihatan beberapa orang sedang mengerumuni katil Lysa. Dia mengukir senyuman mekar. Alhamdulillah, Lysa sudah sedar. Dia menapak ke arah katil Lysa.

   “Kak Lysa, Alhamdulillah.” Senyuman yang mekar masih belum surut, melihat pula betapa tenangnya wajah Lysa memandang ke arahnya walaupun Lysa masih dalam kesakitan.

    Lysa tersenyum. “Rindunya akak dekat Iman.” 

    “Iman pun rindu dekat akak juga. Iman tengah cuti sekarang ni. Akak kuatkan semangat ya, semoga akak cepat sembuh.” Dia sudah memaklumkan kepada mama dan papanya tentang musibah yang menimpa Lysa dan mereka mengizinkan Iman menemani Lysa di hospital. Lysa mengangguk-angguk.

Comments

Popular posts from this blog

Bahasa Melayu - Contoh Karangan Sastera

Akhi, Anta Hurrun!

Vehaen : Secebis Coretan