BAB 14 [From.Heart.To.Heart.]
Iman berkunjung ke
rumah Ain Jasmin. Ain Jasmin sudah lama tamat belajar di Universiti of
Aberdeen. Haseef Ashraff juga sudah menamatkan pengajian masternya dan sudah
dah lama bekerja.
“Kak Ain.” Iman membantu Ain Jasmin
menyediakan makan malam di dapur.
“Hm?”
“Kenapa kak Ain tak start bekerja lagi?”
Sepatutnya Ain Jasmin sudah mula bekerja.
“Nanti-nantilah dulu.” Ain senyum.
“Awat senyum macam tu?” Iman pelik.
“Nanti Abang Haseef balik, kak Ain cerita.”
***
“Hah, tadi kak Ain
cakap nak cerita something. Ceritalah.” Iman duduk di atas sofa. Haseef Ashraff
pula sedang menonton televisyen sambil menunggu jam 9:00 malam untuk ke airport
kerana dia perlu pergi ke Australia untuk menghadiri sebuah kursus. Disebabkan
itulah Iman datang tidur di sini untuk menemani Ain Jasmin. Kalau tak, memang
dia tak tidur di rumah tu, Haseef Ashraff ada kut, nak tidur pemendenya?
Haseef Ashraff tu tetap bergelar lelaki ajnabi untuk dia sebab tu memang Iman
tak bercakap dengan suami Ain Jasmin itu, dia banyak bercakap dengan Ain Jasmin
je. Nak manja-manja pun hanya dengan Ain Jasmin. Bercakap dengan Haseef Ashraff
hanya ketika perlu. Ikhtilat kena jaga.
Ain Jasmin memandang ke arah Haseef
Ashraff. “Sebenarnya…” Dia berhenti seketika. “Kak Ain pregrant,
Alhamdulillah.”
Bulat mata Iman mendengarnya. “What? Betul
ke ni?”
Haseef Ashraff mengiayakan sambil tersenyum
lebar.
“Waaaa, syukur Alhamdulillah. Berapa bulan,
kak Ain?”
“Baru dua bulan, Im.”
“Alhamdulillah, dah lama Im nak baby. Boleh
jadi adik Im.”
“Nak baby kena kahwinlah. Mesti dah ada
calon ni.” Ain Jasmin mengiat.
“Haih, mana ada calon. Im ni muda lagilah.”
Mukanya berkerut.
Haseef Ashraff dan Ain Jasmin tergelak. “Im
tahu tak, dulu akak kahwin dengan Abang Haseef masa akak second year tau.”
“Im ni mana rapat dengan mana-mana lelaki,
kak. Lagipun tak naklah kahwin lagi. Kahwin ni bukan benda yang main-main.
Kahwin ni proses membina ummah tau.”
Ain Jasmin mengangguk-angguk. “Tu la, kena
banyak belajar pasal Islam dulu. Mantapkan diri untuk menjadi seorang isteri
dan ibu yang solehah. Banyak kita boleh belajar daripada srikandi Islam seperti
Saidatina Aisyah, Saidatina Zainab, Saidatina Fatimah.”
Iman senyum. Haseef Ashraff bangkit dari
tempat duduk. “Ain, abang dah kena pergi ni. Takut terlepas flight pula.”
Ain Jasmin menyalami suaminya. “Fi
hifzillah, abang. Jaga diri, jaga iman. Drive safely.”
“InshaAllah. Jaga baby baik-baik. Im, Abang
Haseef pergi dulu. Jaga kak Ain ya?” Iman mengangguk.
“Assalamualaikum.” Haseef Ashraff menuju ke
keretanya.
“Waalaikumussalam warahmatullah.” Serentak
mereka berdua menjawab salam.
RAFEEQI IRSYAD MEMBARINGKAN
BADAN. Penat betul belajar, memerah otak hari demi hari tapi rasa kepenatan tu
hilang apabila dapat attend usrah tadi. Teringat tentang kata-kata naqib
usrahnya, Haseef Ashraff,
“Mana-mana ahli fikir pun sama ada dia
Islam atau tidak, mesti dia akan meletakkan soal aqidah yang penting. Antum semua
tahu tak ilmu aqidahlah ilmu yang paling penting. Sebab tu kena mengaji,
belajar betul-betul tentang aqidah. Usaha untuk tuntut ilmu Islam. Biar kita ni
sehabis mampu mempraktikkan Islam dalam diri kita, bukan ambil secara
juzuk-juzuk sahaja.”
Rafeeqi
memikirkan perkataan ‘juzuk-juzuk’ yang diperkatakan. Oh, sebahagian.
“Untuk melahirkan insan yang baik, dia
mesti mempunyai aqidah sohihah. Aqidah yang betul. Andai kata aqidah kita tidak
betul, for sure perjalanan hidup kita tidak betul juga.” Haseef diam seketika,
memandang semua ahli usrahnya.
“Dalam kuliah yang abang hadiri dulu, ustaz
ada cakap tentang matematik dalam aqidah. Contohlah if kita mengira, 100 – 1
jumlahnya 99. Tapi dalam soal aqidah, 100 – 1 jumlahnya 0. Means that 1 dalam
nombor 100 tu mewakili aqidah kita.”
Kini baru dia tahu betapa pentingnya aqidah
dalam diri. Aqidah yang betul ialah aqidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).
Apabila disebut ASWJ, yang dimaksudkan ialah Assya’irah dan Maturidiyyah.
Assya’irah bermaksud pengikut kepada Al-Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari yang hidup
pada kurun ke-3 Hijrah dan Maturidiyyah pula bermaksud pengikut kepada Al-Imam
Abu Mansur Maturidi yang juga hidup pada kurun ke-3 Hijrah. Setelah ajaran
sesat berleluasa, kedua-dua imam ini muncul lalu menyusun kembali metod aqidah
yang betul iaitu Sifat 20. Mereka juga berdebat dengan golongan-golongan sesat
sehingga golongan tersebut kehilangan hujah. Ada yang mengkafirkan orang yang
belajar sifat 20, alasannya kerana pada zaman Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam
tidak wujud Sifat 20 ini. Sebenarnya Sifat 20 ini sudah lama diajar pada zaman
Baginda, cuma tidak disusun sahaja. Takkanlah Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam
tidak mengajar para sahabat bahawa Allah itu bersifat wujud, qidam, baqa’ dan
17 sifat yang lain bukan? Padahal Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam telah
mengajar aqidah kepada para sahabat selama 13 tahun dan Sifat 20 ini juga telah
disebutkan dalam Al-Quran.
Ada juga kenyataan yang mengatakan bahawa
Allah itu bertempat. Imam Nawawi membalas kenyataan ini dengan mengemukakan dua
soalan. Soalan pertama, “Bukankah Allah wujud tanpa bertempat sebelum Dia
menciptakan tempat?” Soalan kedua, “Adakah Allah itu berubah-ubah?” Sebenarnya
Allahu maujuudun bilaa makan. Allah exists without a place. Dan Allah bukan
besar, bukan kecil, bukan tinggi, bukan pendek dan lain-lain kerana Allah itu
yang mencipta bentuk. Allah tidak boleh digambarkan sama sekali kerana apa-apa
yang digambarkan dalam benak fikiran, Allah tidak menyerupai gambaran tersebut
kerana apa yang digambarkan itu bukannya Allah tetapi makhluk.
Aqidah yang betul dapat mempengaruhi diri
kita daripada terjebak dalam fahaman atau ideologi yang salah. Contohnya,
Syiah. Ada suatu puak dalam fahaman Syiah bernama Puak Ghulah. Mereka
menganggap Saidina Ali r.a. lebih agung daripada Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam.
Astaghfirullah. Ada juga di kalangan mereka yang mengkafirkan Jibril dan
mengatakan bahawa Jibril tersilap menurunkan wahyu kepada Baginda, sepatutnya
wahyu itu diturunkan kepada Saidina Ali. Haih, dah tu Al-Quran tu kan dah
iktiraf bahawa Rasulullah Sallahu’alaiwasallam yang menerima wahyu, kenapa
mereka still assumed macam tu? Jumhur ulama’ sendiri mengtakrifkan bahawa puak
ini sudah murtad.
Ibnu Kathir Rahimahullah pernah berkata
bahawa ada kelompok Nusairiah anggap Saidina Ali itu Tuhan. Astaghfirullah,
teruk betul fahaman diorang. Kelompok Nusairiah dalam Syiah ini menganggap
bahawa Saidina Ali wujud sebelum langit dan bumi dicipta. Mereka juga mengubah
makna Al-Quran dan berpegang kepada konsep karma. Syiah juga memuliakan kubur
pembunuh Saidina Umar Al-Khattab. Syiah juga mengagungkan Khomeini, yang
digelar sebagai ulama’ kononnya. Padahal banyak pendapat Khomeini dalam
kitab-kitabnya bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar-benarnya. Beliau
sangat diagung-agungkan sehingga ketika upacara kematiannya, terlalu ramai
penganut Syiah hadir berasak-asak sehingga terbuka aurat Khomeini itu walaupun
sudah dikafankan.
Syiah juga menganggap bahawa darah ASWJ ni
halal.Mereka berpendapat bahawa darah kita ini jika tumpah di bumi akan
menyegerakan kebangkitan ketua Syiah iaitu Dajjal. Mereka kini sedang menunggu
“Imam Mahdi” mereka iaitu Muhammad bin Hasan Al-‘Askari, padahal Imam Mahdi
yang sebenar bernama Muhammad bin Abdullah, nama yang sama dengan Rasulullah
Sallahu’alaihiwasallam. Al-Qadi Husain bin Ahmad al-Arsyi pernah berkata,
“Padahal berdasarkan ijmak, mereka (Syiah) adalah orang ateis.” Tentera Bashar
Al-Assad sendiri juga orang Syiah.
Astaghfirullah hal ‘azim. Gerun Rafeeqi
Irsyad dengan fitnah yang didakwa oleh penganut Syiah.
Comments
Post a Comment