BAB 13 [From.Heart.To.Heart.]
Iman membuka website
blog Lysa. Waaa, rindunya kat dia! Kalau call, takut mengganggu pula.
Eh, ada entri terbaru. Iman memulakan
pembacaan.
Semalam
pergi ke masjid untuk solat Isyak. Tak tahu pula hari ni ada kuliah Maghrib
daripada seorang muallaf. Sambil-sambil menunggu untuk solat Isyak berjemaah,
ambil kesempatan untuk dengar dulu kuliah tersebut. Sungguh, kuliah itu
amat-amat menarik.
Nama si pemberi kuliah ialah Lim Jooi Soon.
Menurut biografi pada buku-buku beliau yang dibeli semalam, beliau merupakan
seorang penasihat di PERKIM Cawangan Ampang. Beliau memulakan kuliah tersebut
dengan memperkenalkan serba sedikit tentang dirinya. Beliau merupakan muallaf
pertama di Malaysia yang tidak menukar nama apabila memeluk agama Islam. Ada
banyak faktor yang penting yang menyebabkan beliau tidak menukar nama.
Antaranya, beliau ingin mengubah presepsi orang Malaysia yang berfikir bahawa
Islam hanya untuk orang Melayu. Tambahan pula, ramai orang mahu masuk Islam
tetapi sukar kerana kena tukar nama. Nama lama tu penting dalam urusan
perniagaan, contohnya.
Bagi Encik Lim Jooi Soon, nama Islam tu
bermaksud nama yang mempunyai maksud yang baik, tidak semestinya berasal
daripada perkataan Arab. Kadang-kadang kita fikir bahawa nama Islam tu kena berasal
daripada perkataan Arab. Tetapi lihat kepada nama Ibrahim, adakah nama Ibrahim
itu berasal dari Arab? Tidak. Nama Ibrahim berasal daripada bahasa Hebrew,
bukan bahasa Arab. Lihat pula kepada nama Yaakub, atau dikenali juga dengan
nama Jacob. Itu bukannya daripada bahasa Arab.
Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam tidak pula
menyuruh orang yang masuk Islam supaya menukar nama mereka. Ini adalah kerana
untuk memudahkan dakwah kepada kaum. Contohnya Bilal bin Rabah yang berbangsa
Ethiopia. Beliau tidak menukar nama selepas memeluk Islam. Salman al-Farisi
juga tidak menukar nama apabila memeluk Islam dan beliau berbangsa Parsi.
Kemudian, Encik Lim Jooi Soon bertanya
kepada jemaah masjid, siapakah yang hebat dalam bidang perbandingan agama.
Mulut ini menyebut ‘Dr. Zakir Naik.’ Sebenarnya, pada zaman elektronik ini, Sheikh
Ahmeed Deedatlah yang paling hebat dalam bidang perbandingan agama. Hati ini
bersetuju, pernahlah juga terjumpa buku beliau tentang perbandingan agama di
kedai buku. Dan Baginda Sallahu’alaihiwasallam lah yang tokoh yang paling hebat
di dunia dalam bidang perbandingan agama. Rasulullah Sallahu’alaiwasallam
pernah menulis lebih kurang 300 surat kepada orang untuk mengajak mereka
memeluk Islam.
Kemudian
beliau menceritakan tentang sebuah sirah Rasulullah di mana ramai paderi (lupa
bilangan) datang menemui Rasulullah Sallahu’alaihiwassalam untuk berdebat
tentang agama. Tahu tak mereka berdebat kat mana? Mereka berdebat di MASJID
NABAWI. MashaAllah. Mereka berdebat selama tiga hari. Dan paderi-paderi
tersebut mahu solat (agama mereka) di masjid tersebut, Rasulullah
Sallahu’alaiwasallam langsung tidak menghalang mereka. Kalau kita? Hmm. Orang
Cina nak masuk ke masjid untuk tumpang berteduh kerana hujan, adakah kita
membenarkannya? Pernah Encik Lim Jooi Soon masuk ke masjid namun dihalau kerana
mukanya macam Cina. Dah tu, wajah tu pemberian Allah kan, bukan beliau yang
minta.
Ok, sentap seketika.
Sambung
balik kisah Rasulullah tadi. Rasulullah bertanya kepada paderi-paderi itu dua
soalan. Soalan pertama, “Adakah kamu menyetujui bahawa anak mesti menyerupai
bapa?” Paderi-paderi tersebut bersetuju kerana orang Kristian mengatakan Jesus
Christ (Nabi ‘Isa a.s) tu anak Allah. Soalan yang kedua pula ialah, “Adakah
kamu mengetahui bahawa TUHAN KITA hidup, sama sekali tidak mati?” Ada di
kalangan paderi tersebut mula goyah. Orang Kristian mendakwa bahawa Jesus
Christ mati disalib. That’s mean, anak tidak sama dengan bapa. Akhirnya
paderi-paderi tersebut murtad daripada agama asal mereka dan memeluk Islam.
Then,
beliau menceritakan tentang peringkat-peringkat beliau memeluk agama Islam
kerana pada asalnya beliau menganut Buddha dan Kristian Evangelical Protestant.
Ada empat peringkat, antaranya ialah beliau membeli buku-buku agama seperti
buku fiqh. Kemudian beliau berguru dengan yang pakar. Ada baaaaanyak soalan
yang beliau ajukan kepada kami yang membuatkan lidah kami tak tahu nak jawab.
Sentap bakhang! Beliau berkata, kalau kita tak menjalani peringkat-peringkat
ini, macam kita ni hanya mewarisi Islam daripada ibu bapa kita, bukannya
memeluk Islam. Terkedu.
Beliau
juga ada bercakap soal aqidah. Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam berdakwah
kepada penduduk Mekah selama 13 tahun itu, Baginda berdakwah tentang aqidah
kan? Betapa pentingnya aqidah selama mengambil masa bertahun-tahun untuk
dipelajari dan aqidah dianalogikan seperti tiang untuk sesebuah bangunan, bukan
atap. Kemudian, apabila aqidah para sahabat dah mantap, barulah turun ayat-ayat
Al-Quran tentang hukum secara berangsur-angsur. Nah, aqidah kita sebenarnya dah
mantap ataupun tidak?
Sungguh, rasa tergaman apabila mendengar
bait-bait kata beliau. Rasa macam Islam hanya sekadar nama. Rasa selama ni
beragama Islam just take for granted je. Berair mata seketika usai kuliah
Maghrib. Kadang-kadang, dakwah kita nak lembut je, yang sentap-sentap tak nak.
Kata kalau kasar nanti susah nak masuk. Ya, saya tidak mengatakan bahawa dakwah
secara kasar itu ‘okay’ tapi kenapa kadang-kadang dakwah secara sentap kita
tolak walhal biasanya dakwah sentap tu la ‘bil hikmah’, dengan tanya soalan
kepada mad’u itu ini, membuatkan kita terfikir balik tentang sesuatu perkara.
“Seseorang itu apabila tidak mengetahui
kebatilan, dia susah nak hargai kebenaran.” Ini antara kata-kata daripada Encik
Lim Jooi Soon. May Allah bless us. Adios, assalamualaikum.
-Lysa-
Iman menjawab salam daripada Lysa. Good,
dapat ilmu indirectly daripada Kak Lysa malam ni, Alhamdulillah. Rindunya Malaysia, dah setahun tak balik.
Iman menarik bantal rapat ke pelukannya.
Comments
Post a Comment