PROLOG [From.Heart.To.Heart.]



“Dalam hati ni...” Ustazah Pendidikan Islam di sekolahnya memulakan pengajaran. “Kena ada iman. Iman antara asas yang terpenting dalam kehidupan seorang Muslim.”

    Aah, kisah apa aku. Dia meletakkan tangan kanannya untuk menampung kepala yang disengetkan sambil memerhati ke arah ustazah. Lengan kanannya terdedah. Terbuka auratnya namun mana ada dia peduli. Kau sendiri bernama Iman, takkan tak nak ambil berat tentang iman? Suara kecil di mindanya bertanya. Aku tak retilah tentang ini semua, balas hatinya.

                          
*****


“Bukanlah seorang Muslim yang bersyukur jika dia tidak menunaikan solat kepada Allah.” Luthfi memecah keheningan antara mereka berdua.

    “Kau kenapa tetiba je ni?”

    “Saja. Random.”

     “Ramai je kan mereka yang tidak solat, bahagia je aku tengok. Bukan ke tinggal solat tu perkara biasa ke dalam masyarakat kita? Lainlah kalau solat Jumaat. Aku tengok ramai la juga yang buat.” Rafeeqi Irsyad membalas bicara abangnya.

    “Bahagia pada zahir namun tidak pada batinnya. Perkara yang buat aku menyesal sampai sekarang ialah aku tak pandai hargai solat dahulu. Ni dah nak mati ni baru insaf.” Dia terbatuk-batuk.

    “Weh, kau cakap apa ni? Kau akan sembuh la. Kalau kau takde, siapa yang nak jaga aku nanti?”

    Luthfi cuma tersenyum tawar.



Comments

Popular posts from this blog

Bahasa Melayu - Contoh Karangan Sastera

Akhi, Anta Hurrun!

Vehaen : Secebis Coretan