Akhi, Anta Hurrun!
Assalamualaikum
and hello! Fuh, dah lama tak update blog. So here, saya nak berkongsi secebis
puisi yang perghh serious mantap dan menyentuh hati. Puisi ini ialah tulisan As-Syahid
Sayyid Qutb yang bertajuk Akhi, Anta
Hurrun! (Saudaraku, Engkau Sebenarnya Merdeka!). Semoga puisi ini menyentuh
tepat pada hati mereka yang terasa lemah semangat dalam perjuaangan hidup
berTuhan, InshaALLAH.
_______________________________________________________________________________
Saudaraku,
engkau sebenarnya merdeka (walaupun dikurung) di sebalik jeriji besi itu,
Saudaraku,
engkau sebenarnya merdeka (walaupun) diikat dengan gari-gari itu,
Sekiranya
engkau berpegang teguh kepada Allah,
Nescaya
tiada tipu daya hamba yang dapat memudaratkanmu.
Saudaraku,
apakah yang berlaku sekiranya engkau jemu untuk berjuang?
Dan
engkau melemparkan dari bahumu segala senjata-senjata?
Siapakah
yang akan mengubati luka para tentera yang cedera di medan peperangan?
Dan
siapa pula yang akan mengangkat kembali bendera kita?
Saudaraku,
sesungguhnya aku pada hari ini adalah tukul besi yang keras,
Aku
akan menghancurkan segala sihir/tipu daya jahat segala gunung-gunung yang
mencakar langit (pemerintah yang zalim),
Pada
hari esok aku akan menghapuskannya dengan pukulan penghabisan,
Segala
kepala-kepala ular sehingga ia hancur berkecai.
Saudaraku,
sekiranya engkau mengalirkan airmatamu atas pemergianku,
Dan
engkau sirami pusaraku dengan airmata itu dengan penuh khusyuk (sedih),
Maka
nyalakanlah bagi mereka (generasi berikutnya) daripada tulang-belulangku
sebagai lilin,
Dan
maralah dengannya ke arah kegemilangan yang menanti.
,
Saudaraku,
sekiranya kami mati kami pasti akan bertemu dengan kekasih-kekasih kami,
Bahkan
taman Syurga Tuhanku tersedia buat kami,
Serta
burung-burungnya akan berterbangan di sekeliling kami,
Maka
bergembiralah bagi kami dalam negeri yang abadi ini.
Aku
pasti akan menuntut bela, atas dasar Tuhan dan agama,
Dan
aku akan terus mara dengan perjalananku ini dengan penuh keyakinan,
Sama
ada ia berupa kemenangan di atas semua manusia,
Ataupun
ia adalah kepulanganku kepada Allah di dalam negeri yang kekal.
__________________________________________________________________________
“Dan jangan sekali-kali kamu menyangka orang-orang
yang terbunuh (yang gugur syahid) di jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati)
bahkan mereka hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat
rezeki.” [Ali Imran, 3:169]’
“Wahai
jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan
hati yang redha dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan
hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam Syurga-Ku.” [A-Fajr, 89 : 27-30]
Senyum.
Entry yg menarik !
ReplyDeleteSyukran bby :)
DeleteThanks kakak ♥ It's really inspiring me ♥ (yana)
ReplyDeleteAww. Ingatkan siapa tadi. Afwan, love :)
Delete