BAB 2 [From.Heart.To.Heart.]
IMAN merebahkan badannya ke katil. Aisya, peserta dari
Shah Alam tu dah lena di atas katil
hadapannya. Dia merenung siling. Haih, sehari aku kat sini, macam-macam kut
benda yang buat hati aku ni zapp semacam.
“Ha, kat sini saya nak tanya, apa yang kamu semua dapat definasikan
daripada perkataan berkorban?” tanya Kak Nawal, salah seorang fasilitator di
camp tersebut.
“Sembelih lembu?” seorang peserta lelaki menjawab.
“Hmm, something that relates with the Hari Raya Korban occasion?”
“Seorang ibu yang berkorban melahirkan anaknya?”
Nawal tersenyum. “Hm, betullah tu. Tapi sebenarnya istilah berkorban tu
membawa maksud yang pelbagai lagi.” Dia menarik nafas. “Contohlah seorang
perempuan ini, dulu dia tak pernah jaga aurat dia. Tup-tup one day dia diberi
hidayah dan mengambil keputusan untuk menutup aurat dengan sempurna, means that
dia pakai stoking, tudung tu di bawah dada, pakai tudung tak jarang etcetera tu
maknanya dia sedang berkorbanlah tu. Berkorban nafsu dia. Berkorban untuk
mematuhi perintah Allah walaupun dia sebenarnya boleh je teruskan pakai baju
ketat sebab orang sekelilingnya takde yang pergi marah kat dia. Tapi dia
memilih untuk berkorban.”
Dey. Iman memandang ke arah pakaian ketat yang dipakai. Haih.
“Contoh lain, kamu ada crush. Sangat handsome atau cantik dan baik
sangat-sangat. Dan kamu lihat ramai je kawan-kawan kamu bercouple, bahagia je
diaorang. Tapi, kamu sanggup menolak untuk bercouple, mengetepikan perasaan
kamu yang ingin dikasihi oleh si dia. That’s berkorban.” Nawal senyum lagi.
Aku selama ni syok je bercouple dengan mamat handsome sejak dulu hingga
sekarang. Tapi tahun ni tak couple sebab aku sibuk study.
“Perkara penting yang harus kamu semua fikir ialah ; Allah melihat usaha
kamu untuk berkorban. He is more closer to you than your jugular vein. Allah
lihat kita dan Allah ada dengan kita. Tipu la kalau tak nangis kerana berkorban
ni tapi ingat, Allah dengar luahan hati
kita, Allah amat sayang akan kita. Biasalah, hidup ini tempat ujian. Hidup ini
kadangkala tempat berderainya air mata. Berkorbanlah, walaupun banyak dugaan
yang datang menjengah.” Nawal menarik nafas perlahan.
“Dan satu ayat cliché yang akak selalu simpan dalam hati
iaitu,’berkorbanlah walaupun pahit, kerana Syurga itu manis.”
Tanpa sedar, menitis juga air mata Iman ketika itu.
“IM.”
“Hmm?”
Iman berpaling ke arah Aisya yang sedang menopang dagu di hadapannya.
“Macam
mana kau boleh join camp ni? Famili kau suruh ke kau sendiri yang rela hati?”
Famili
suruh? Ha.Ha. Lambat lagi mereka nak suruh join camp macam ni. “Aku sendiri
yang nak join. Entah, rasa macam lain sangat bila join camp ni. It just… Haih,
taktau macam mana nak describe dia punya feeling. Rasanya dulu aku terlalu
ignorant sampai benda asas Islam pun aku taktau.”
“Oh. Aku
ni pula abang aku yang paksa join. Memang separuh mati taknak jugak la join
camp macam ni. Tapi sebenarnya camp ni takdelah teruk mana. Aku yang rasa diri
aku ni teruk adalah,” sungguh- sungguh Aisya bercerita.
Untungnya
kau Aisya. Parents aku kalau diorang tahu aku join camp macam ni, mahu diaorang
kata aku ni buang tabiat. Ni pun mujur aku cakap aku join camp motivasi. Iman
menggumam di dalam hati.
*****
“DALAM surah Al-‘Araaf, surah yang ketujuh, ayat
yang ke 172, ada disebutkan ayat tentang pertanyaan Allah kepada roh, ‘Apakah
kamu mengetahui bahawa diriKu adalah Tuhanmu?’ Maka roh menjawab, ‘Benar,
bahkan kami telah menyaksikannya.’ Sebenarnya sejak dahulu lagi kita ni
bersaksi bahawa itu Tuhan kita tapi kita alpa. Alpa dengan dunia. Alpa dengan
hidup macam kita tak akan berjumpa Allah lagi selepas kita mati. Kita lupa
Allah, kita lupa Rasulullah Sallahu’alaihiwassalam, kita lupa hidup cara
Islam.”
Iman
menggangguk-angguk mendengar ceramah daripada Ustaz Abdul Rahman. Akulah tu.
“Tapi
Allah tetap sayangkan kita. Allah tetap membuka pintu taubat selagi nyawa kita
tidak berada di kerongkong ataupun matahari terbit dari barat. Betapa besarnya
keampunan sehinggakan ada kisah seorang lelaki yang telah membunuh 100 orang,
kemudian dia ingin bertaubat tetapi meninggal dunia. You know adik-adik semua,
Allah masukkan pemuda tu ke dalam Syurga hanya semata-mata jarak perjalanan ke
tempat yang dia menuju untuk bertaubat tu lagi dekat daripada tempat dia
berbuat dosa membunuh tu. Subhanallah.”
Mata Iman
dipejamcelik. Sungguh ini baru pertama kali dia mendengar kisah lelaki ini.
“Dan kita
ni sewajarnya mengambil peluang ni untuk bertaubat. Taubat dengan
bersungguh-sungguh. Minta ampun daripadanya. Allah takkan sia-siakan hambaNya
yang bersungguh-sungguh untuk bertaubat. Fitrah kita ni baik sebenarnya. Pernah
dengar tak hadis yang bercerita mengenai setiap bayi yang dilahirkan adalah
dalam keadaan fitrah? Fitrah tu naluri semulajadi. Fitrah tu benda baik. Jadi
bila kita cakap, ‘Ala, aku takut aku hipokrit bila aku berubah,’ tu salah
sebenarnya. Manada hipokrit kalau kita berubah ke arah kebaikan sebab memang
asalnya kita dilahirkan dalam keadaan fitrah. Yang hipokritnya apabila kita
berperangai jahat sebab dia berlawanan dengan fitrah kita.”
Comments
Post a Comment