Reader's Review
Dakwah.
Bagi saya, stail dakwah yang baik ialah seperti stail dakwah
yang Budak Tomato (Mato) lakukan serta coretkan di blog. Lembut dan tak
menghentam. Hampir semua entri beliau di blog tidak pernah gagal membuatkan
saya sebak dan menangis. Menusuk ke dalam jiwa hatta sependek mana pun entri
itu. Dan Alhamdulillah, beliau bakal menerbitkan sebuah buku, gandingan bersama
Aiman al-Banna tidak lama lagi, inshaAllah. Aiman al-Banna pun dakwahnya
awesome, cubalah baca di blog beliau. Pemilihan kata-kata dan susunan ayat
sangat teratur, sesuai untuk bacaan belia especially entri tentang sirah
Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam.
Pernah baca novel @
kompilasi cerpen @ buku motivasi tulisan Bro. Hilal Asyraf? Beliau seorang lagi
penulis berbakat di Malaysia. Saya pernah membaca kompilasi cerpen iaitu
Matahari dan sungguh, banyak cerpen dalam Matahari membuatkan hati saya
berdetap. Penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Arab yang sangat baik. Sama juga
tulisan daripada Bro. Aiman Azlan. Sungguh, tulisan beliau tidak menghentam
sesiapa. Bacalah The Other Side of A Coin karya beliau bersama Ameen Misran,
inshaAllah anda tidak akan kecewa!
Dakwah daripada
Ustaz Adnin Roslan dan admin Tarbiah Sentap yang lain juga menarik. Dakwah yang
Ustaz Adnin bawa banyak memberi effect kepada diri saya. Sejujurnya saya boleh
terima dakwah beliau. Dakwah kena bil hikmah kan? Dakwah Ustaz Adnin saya rasa
dah ‘bil hikmah’ walaupun saya pasti ramai yang tidak menyokong statement saya
ini. Jujur, saya merasainya. Saya pernah melakukan beberapa turning point
selepas membaca dakwah beliau di blog. Saya yang rasa jadi saya tahu effectnya.
Dan…, buku Tarbiah Sentap serta Bedtime
Story Sentap memang anda kena beli, inshaAllah ada di pasaran nanti.
Karya Ustaz Pahrol
Muhammd Juoi turut menarik hati saya. Saya pernah membaca buku kompilasi cerpen
bertajuk Revolusi daripada beliau, mashaAllah. Buku itu memang sangat bagus dan
menusuk ke dalam hati. Pengajaran-pengajaran daripada cerpen itu membuatkan
kita berfikir bahawa tak semua benda yang kita buat itu betul. Dan…, buku Angel
Pakai Gucci (Inche Gabbana) awesome! Saya dah baca buku Ikhwah Pakai Jeans,
rasa tak puas membacanya. InshaAllah buku kedua beliau, #Chenta akan dipasarkan
tidak lama lagi. Cara dakwah Angel Pakai Gucci amat-amat awesome, serious
cakap. Nak tahu, cuba baca entri di blog beliau.
Dan banyak lagi
penulis-penulis yang berbakat, antaranya :
1.
Hlovate (for sure)
2.
Bro. Afiq Sazlan
3.
Ameen Misran
4.
Dr. Danial Zainal Abidin
5.
Jerry D. Gray
6.
Imam Muda Asyraf
Selamat
membaca buku. Pupukkan amalan cinta akan ilmu, serious tidak rugi!
Comments
Post a Comment