BAB 6 [From.Heart.To.Heart.]



Esok SPM. Esok start SPM. Warghhhh! Iman mundar-mandir di bilik tidurnya. Aku…berdebar! Macam mana ni, haih.

    Study, sudah. Solat Isyak, sudah. Solat witir, sudah. Baca Al-Mulk, sudah. Iman melihat jam di dinding. Dah hampir menjengah 11:30 malam. Aku kena tidur sekarang. Nanti nak bangun solat tahajud pagi ni tak terbangun pulak.

    Dah dia terus menuju ke arah katil lalu merebahkan badannya.


*****

“Assalamualaikum.” Lysa menjawab panggilan telefon. “Siapa ni?”

    “Waalaikumussalam warahmatullah. Lysa!” Kedengaran suara Ain Jasmin di hujung talian.
    “Ain? Betul ke ni Ain?”

    “Yelah.” Ain Jasmin menjulingkan mata ke atas. “Kau dah tak cam suara aku ke? Sampai hati.” Dia buat-buat merajuk.

    Ni mesti call guna kad student Aberdeen. “Dah tu, mana aku kenal nombor ni. Kau ni dah kahwin tapi buat lagi perangai macam budak-budak kau tu. Tengah buat apa tu?”

    “Dey, dengan kau jelah aku nak bermanja pun.” Ya, memang dengan Lysa dan ex-housematenya, Leen jelah yang dia boleh aci redah bermanja macam ni selain Haseef Ashraff. Dah dia takde kawan yang betul-betul boleh dianggap sebagai kawan baik. “Aku baru habis study ni, Respiratory system. Susah wei. Nak tanya, Im okay tak?”

    “Okay macam mana tu?” 

    “Yelah, sepanjang kau berkawan dengan dia, dia okay ke?”

    “Okay, sangat-sangat okay. Dia baik sangat. Kenapa kau tanya macam tu?”

    “Takdelah, aku cuma nak pesan, kau sentiasa ada bersama dia, okay? Aku tahu, dia takde kawan sangat nak bercerita itu ini. Melalui penceritaan Im bila aku on the phone dengan dia pun, aku tahu yang dia tak rapat sangat dengan parents dia. Mungkin kerana perubahan dia dulu dan sekarang.”

    Oh I see. “InshaAllah. Wei, kau tahu tak dia dah dapat result SPM pagi tadi?”

    Hah? “What? Dia dapat berapa?” Teruja Ain Jasmin bertanya.

    “Dia dapat… straight A’s! Tak sia-sia usaha Im selama ini,” terang Lysa.

    “Whoa. Aku tak tahu pun dia dapat result gempak macam ni.”

    “Dia tak sempat beritahu kau kut. Dia dapat 7A+ kalau tak silap, 3A-.”

    Haibat betul budak tu! “Alhamdulillah. Got to go, Lysa. Aku nak call dia untuk ucap tahniah.”

    “Alright Ain. Assalamualaikum.”

    Selepas salam Lysa dijawab, Ain Jasmin terus menelefon Iman yang berada di Malaysia.



IMAN MENGEMAS BARANG-BARANGNYA. Minggu depan dah kena masuk kolej kat Johor untuk buat IB. International Baccalaureate. Dia kenal buat IB selama dua tahun sebelum fly ke oversea. 

    Tangannya terhenti seketika apabila earphone mendengarkan lagu Tika Dinihari nyanyian Devotees.

Oh Tuhanku tiada indah di malam yang hening
Melainkan dengan bermunajat kepadaMU
Tiada indah suatu hari yang aku lalui
Kecuali dengan patuh kepadaMu
Oh Tuhanku, tiada indah hidup di dunia
Melainkan berzikir dan menyebut namaMu
                                                                   Tiada indah tiba di akhirat yang abadi                    
Kecuali dengan keampunanMu

    Ni lagu favourite aku, getusnya perlahan.

Ya Allah Tuhanku yang merubah kalbu
Tetapkanlah hatiku
Moga sentiasa dalam agamaMu
Jua taat akan perintahMu
                                                                                                                       
Tuhan, usah bebankan kami dengan bebanan yang berat
Seperti yang pernah Kau berikan kepada umat yang terdahulu
                                                                                               dari kami                                 
Tuhan, jangan pikulkan kami yang tidak kami yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan, ampunkanlah dosa-dosa
Rahmatilah kami

    Rasa kerdil sangat apabila Devotees menyanyikan part korus tu. Lirik lagu yang diambil daripada Surah Al-Baqarah, ayat 186. Sungguh aku takut kalau Allah memberikan aku bencana yang berat seperti kaum-kaum yang terdahulu. Dia mengetap bibir.

Ya Allah Tuhanku yang merubah kalbu
Tetapkanlah hatiku
Moga sentiasa dalam agamaMu
Jua taat akan perintahMu

Tuhan, usah bebankan kami dengan bebanan yang berat
Seperti yang pernah Kau berikan kepada umat yang terdahulu
                                                                                               dari kami                                 
Tuhan, jangan pikulkan kami yang tidak kami yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan, ampunkanlah dosa-dosa
Rahmatilah kami

    Hari tu ustaz Faiz pernah cakap bahawa ada seorang Muslim yang diseret badannya di atas api kerana dia menganut agama Islam sampai lemak-lemak daripada badannya terkeluar. Dan api itu padam oleh lemak-lemak tersebut. MashaAllah. Tak sanggup nak bayangkan. Dengar kisah Sumayyah yang disula sehingga mati syahid pun dia dah rasa meremang bulu roma. Dan sehingga kini, apabila dia diperdengarkan kisah Bilal bin Rabah yang diletakkan batu besar di atas perutnya, mata Iman masih berair. Boleh bayang kut kesakitan yang dialami Bilal ketika itu. Dan sungguhlah, memang kena bersyukur.

Comments

Popular posts from this blog

Bahasa Melayu - Contoh Karangan Sastera

Akhi, Anta Hurrun!

Vehaen : Secebis Coretan