BAB 3 [From.Heart.To.Heart.]
“Mama, jom pergi shopping. Im nak beli clothes baru
la.” Iman mengajak mamanya.
“Clothes
baru? Hai, kan berlambak-lambak baju Im dalam closet tu.”
“Ala mama,
baju tu semua dah kecik-kecik, ketat. Im tak selesa nak pakai.”
Hai, buang
tebiat ke anak aku ni? Selalunya dia tak pernah merungut bila pakai baju macam
tu.
“IM PILIH YA baju yang Im nak. Mama nak jumpa kawan
dekat Secret Recipe sekejap. Ke Im nak ikut?”
“Tak nak
ikutlah, mama. Mama pergilah.” Iman senyum. Dia memilih baju yang dia rasa
sesuai untuk dirinya. Dress labuh, baju kemeja lengan panjang, sweater labuh,
skirt panjang dan seluar slack longgar dipilihnya. Hari ni dia memakai t-shirt
bersama jacket serta berskirt labuh. Itu kut pakaian ‘okey’ yang dia ada.
Terdetik juga nak beli tudung tapi dia tak tahu tudung yang mana sesuai
untuknya. Takpe Im, berubah slow-slow. At least selepas ni dah tak
payah pakai baju sendat dan singkat yang aku ada. Tiba-tiba dia teringat
sesuatu. Baju kurung tak beli lagi!
***
“Dah habis beli?” Mama Iman bertanya kepadanya
ketika mereka sedang menikmati lunch di restoran tu.
“Dah
mama.”
“Sorry Im,
mama tak sempat nak teman Im pilihkan baju. Mama promise lain kali mama pilihkan
baju untuk Im.” Hari ni hari minggu. Waktu ni sahaja yang ada untuk dia bersama
dengan mamanya. Biasanya mamanya sibuk dengan kerja di office dan papanya pula
sibuk outstation. Esok papa akan terbang ke Jakarta untukk membincangkan
tentang projek terbarunya di sana.
“It’s
okaylah mama. Im tak kisah pun,” jawab Im sambil menyuap baklava ke mulut.
Makanan tradisional Turki itu amat menaikkan selera. Nasib baik jugaklah mama
tak temankan pilih baju. Nanti jenuh aku nak menjawab pasal baju-baju ‘luar
alam’ yang aku beli tu.
“ASSALAMUALAIKUM IM.”
“Waalaikumussalam
Kak Ain. Gosh, rindunya!” Iman mengukir senyum lebar kerana mendapat panggilan
telefon daripada Ain Jasmin yang kini sudah pulang ke Scotland.
“Im
sihat?”
“Alhamdulillah,
sihat. Kak Ain dan Abang Haseef sihat?”
“Alhamdulillah,
kami berdua sihat.” Ain Jasmin memandang ke arah Haseef Ashraff yang tengah
khusyuk membaca buku Art of Deception karya Jerry D. Gray. “Hm, kak Ain nak
tanya ni, how was the camp?”
Camp tu?
“Er. It was…” Perlahan-lahan Iman menjawab. “Beautiful.” Jeda sebentar sebelum
dia menyambung, “Sungguh, Im tak pernah rasa macam Im rasa dekat camp tu. Rasa
macam baru born as Muslim yang sebelum ni tak tahu apa-apa tentang Islam
internally. Tahu yang sekadar tahu untuk jawab exam paper of Pendidikan Islam
punya subject. Tahu Islam tapi tak masuk dalam hati.” Iman menggigit bibir. “It
was spiritually hurt in the other way.” Air matanya bergenang.
Alhamdulillah.
Ain Jasmin menggangguk perlahan. “Im, that’s good if Im dah sedar semua tu. I’m
proud of you.” Senyum.
“Tapi,
reality hurts kak. Im bukan dibesarkan dalam keluarga yang practicing Islam
secara total. Macam mana Im nak belajar tentang Islam lagi dan lagi? And I have
no friends yang fully practicing Islam.”
“Hm. I
have a friend yang kira rapat jugaklah dengan Kak Ain di Malaysia. Maybe she can
help you. Dia muda sikit daripada Kak Ain sebenarnya, satu usrah dengan Kak Ain
dahulu.”
“Usrah?
What’s that?” Iman kelam sebentar.
Daaaa,
tersilap pilih word. “Usrah tu biasanya orang panggil sebagai bulatan gembira.
A few people duduk sama-sama berbincang tentang Islam, study sama-sama etcetera
etcetera. Kira macam satu famili jugaklah.”
“Oh, boleh
kasi her number tak? Nanti Im contact dia.” Iman tersenyum.
“Okay,
nanti Kak Ain kasi. Im, no matter what, I will always support you. Remember
that.”
“Thanks
Kak Ain. Love you to the moon and back!”
“Haha,
nakal.” Ain Jasmin tergelak.
KEESOKAN HARINYA selepas mendapat nombor telefon
kawan Ain Jasmin tu, terus Iman menelefonnya. Nama kawan Ain Jasmin tu Lysa.
Pelajar tahun satu di UKM, Gombak. Dan dia terus bersetuju untuk bertemu dengan
Lysa minggu hadapan di Sogo.
*****
Pertama kali jumpa Kak Lysa tu memang tak boleh
describe perasaan macam mana. Kak Lysa pakai purdah kut! Aku ni tak pernah lagi
berkawan dengan orang pakai purdah.
“Err. Hi?”
“Hi.” Shake
hands. “Im kan?”
“Yes I am.
Kita nak borak-borak kat mana ni, Kak Lysa?”
“Jom, kita
pergi rumah akak. Tell your parents first, kut la diorang risau.”
Sungguh
indah cara Allah Subhanahu Wata’ala memberikan hidayah kepada sesiapa yang Dia
kehendaki. Iman berubah dengan hidayah begini, orang lain pula begitu. Hatta
indah juga hidayah Allah yang dikurniakan kepada segolongan paderi-paderi dan
saintis Barat. Ada suatu kisah pengislaman daripada seorang professor Barat
yang mengkaji tentang Fir’aun. Taurat, Injil dan kitab lain tidak menceritakan
secara details tentang kisah Fir’aun tetapi tidak buat Al-Quran. Kitab Yahudi
mengatakan bahawa Fir’aun mati beramai-ramai di Laut Merah namun dalam
Al-Quran, Allah berfirman bahwa Dia selamatkan jasad Fir’aun. Profesor yang
mengaji tentang Fir’aun tersebut berpegang kepada satu ayat dalam Al-Quran
tentang firman Allah itu. Beliau mengkaji lagi dan akhirnya memeluk Islam
ketika menjumpai jasad seorang Fir’aun yang setelah dikaji, ada banyak
garam-garam laut di dalam badan Fir’aun menandakan bahawa Fir’aun tersebut
pernah ditenggelamkan ke lautan. Hanya kerana satu ayat daripada Al-Quran.
Comments
Post a Comment