BAB 12 [From.Heart.To.Heart.]



“Do you want any drink?” Priya bertanya kepada Iman ketika dia bertandang ke hostelnya.

    “Sure. Mango lassi.” Iman tersengih.

    “Waaa your Hindi isn’t bad, huh?”

    “Kyaa aap ko yeh accha lagta hai?” Do you like it? Iman bertanya kepada Priya.

    “Haan, mujhey yeh bahut accha laghta hai!” Yes, I like it! Priya senyum.

    “Let me help you preparing the drink. I’m sure you want Vanilla Chai, isn’t?”

    “Haan.”

    Iman membantu Priya menyediakan minuman. Semua perkakas dapur Priya miliknya sendiri, dia tidak berkongsi dengan homemates yang lain. Takut tercampur dengan benda-benda yang dia tak makan dan prohibited in Islam. Dia mengerling ke arah Lysa.

    “Iman, why Islam assumed that Jesus is not God?”

    Iman terdiam. Soalan luar alam apa pula yang Priya tanya ni. Out of sudden, terkejut dia. “Hm, before that, do you believe that Jesus is God?”

    “I don’t know.” Dia sendiri sedang mencari agama yang benar. Dia penganut Hindu sebenarnya tetapi tertanya-tanya tentang Jesus dan Christianity.

    “Okay. In Bible, Jesus never said that he is the God. But the Christians workshipped him because there are verses in Bible which a little bit confusing but they are not a ticket for us to consider that Jesus is God.”

    Iman diam seketika. “ 'And this is life eternal, that they are might know thee the only true God and Jesus Christ, whom thou hast sent.' John, 17:3. From this verse, we know that the only God is Allah and Jesus is the Prophet.”

    “There are certain Christians that believe Jesus is the son of God and Allah is his Father. If that so, why the son is not same as his father? Christians used to say that Jesus died. If Jesus is already died, but why his father is stay alive?” Iman menanyakan soalan tersebut kepada Priya.

    “Woah, seriously I don’t know the answer, Iman.”

    “That’s mean Jesus is only a prophet. Same like Muhammad, Adam, Abraham, Isaac, Moses, Joseph, Jacob and others.”

    Priya menganggukkan kepala. “Lets stop this conversation and have a drink first.” Dia senyum.


*****


Rafeeqi Irsyad mencapai sticky note di atas meja seraya menulis ayat yang dia perolehi daripada usrah tadi. 

“Whatever is not done by the permission of Allah WILL NOT happen and what is not done for the sake of Allah will not BENEFIT or REMAIN.” –Ibn Taimiyyah
  
    Dia ada housemate yang practice Islam bernama Harris yang berasal dari United Kingdom. Alhamdulillah, Harris banyak membantunya dalam mengenal agama Islam dengan sebenar-benarnya di samping Haseef Ashraff dan melalui usrah. Harris juga banyak membawanya rehlah ke United Kingdom apabila weekend. Waktu pengajian macam ni la waktu yang sesuai untuk dia mengembara, takut apabila dah mula bekerja tidak sempat pula ke sana sini. Mengembara sambil mencari ibrah (pengajaran) di setiap tempat yang dia kunjungi. 

     Sebenarnya belajar di luar negara bukan alasan untuk tidak mengaji agama. Sekarang ini dunia serba canggih, banyak ceramah agama yang dapat dapat dia tontoni di youtube seperti ceramah Ustaz Don Daniyal, Ustaz Abdullah Khairi, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Syed Norhisham, Dr.Zakir Naik, Sheikh Ahmed Deedat, Sheikh Bilal Assad, Sheikh Khalid Yassin, Sheikh Salah Al-Maghamsi, Sheikh Muhammad Al-Mukhtar ash-Shinqitee dan lain-lain. Banyak kut yang dia belajar daripada mereka semua. Lagipun acap kali juga dia menghadiri Da’wah Tour di United Kingdom bersama Haseef Ashraff dan Harris yang dihadiri oleh ustaz-ustaz terkenal di Malaysia. Peluang untuk bertentang mata dan bersalaman dengan ustaz seperti Ustaz Don Daniyal di sini lebih tinggi berbanding di Malaysia disebabkan mereka selalu mengadakan lawatan dan program di luar negara seperti di United Kingdom.

     Tahun depan baru balik Malaysia. Hujung tahun ni tak balik kut memandang sekarang ni dia makin sibuk. Dia medical student, biasalah. Namun sesibuk mana pun, dia masih berjaya mencari waktu untuk mengenal Islam dan mempraktikkannya dengan sebenar-benarnya. Solatnya pun dia upgrade hari demi hari, tambah pula dengan bacaan Al-Quran paling minimum 3 mukasurat sehari. Dia juga sedang berusaha untuk qada semua solat yang dia tinggal dahalu. InshaAllah andai dia sudah menggantikan semua solat yang dia tinggal dahulu, dia ingin menggantikan solat yang Luthfi tinggal pula. Bacaan Al-Mulk tiap-tiap malam dan Al-Kahfi setiap Jumaat juga tidak dilupakan. Dia juga kini sedang menghafal surah Al-Kahfi 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir. Dan Alhamdulillah, setiap solat fardhu dia berjaya berjemaah di masjid. Buku-buku agama banyak dibaca dan diberi pinjam oleh naqib usrahnya dan dalam seminggu dia tidak lupa untuk mendengar ceramah daripada ulama’ dan ustaz-ustaz yang terkenal di youtube dan di masjid. Penat tapi berbaloi.


    Rafeeqi Irsyad rindukan Rasulullah Sallahualaihiwasallam. Betapa istimewanya Baginda sehinggakan sebelum Baginda lahir, terjadi tiga perkara yang menakjubkan. Pertama, istana raja Parsi bergegar sehinggakan ada bahagian-bahagian istana tersebut runtuh, perkara yang kedua pula ialah Tasik Tabariah kering secara tiba-tiba dan perkara yang paling menakjubkan ialah api Majusi padam walhal api tersebut tidak pernah padam selama 1000 tahun. Subhanallah. Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam ketika hampir wafat dahulu berpesan supaya umat Islam menjaga solat. Itu yang keluar daripada mulut mulia Baginda berkali-kali kerana ada umat Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam yang akan memperlekehkan solat. Aku la tu tetapi itu dahulu. Lepas change for good ni dia mahu mencintai Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam betul-betul sebab sesiapa yang mendambakan cinta Allah hendaklah dia mencintai Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam. Aku kejam, ya Allah. Aku menzalimi diri aku sendiri, ya Allah. Hampir 22 tahun aku mengabaikan Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam. Allah. Rafeeqi Irsyad meraut wajah. And his heart whispering, “Ya Rabb, forgive me.




*****


Iman memandang ke arah tingkap. Rasa rindu kepada orang-orang yang dia sayang di Malaysia datang menjengah. Rindu juga hendak pergi kuliah, ceramah dan tazkirah bersama-sama dengan Kak Lysa nya. Kata-kata daripada seorang ustaz berlegar-legar di fikirannya.

    “Mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam lebih ‘haibat’ daripada mukjizat kepada para Rasul yang lain. Ada ulama’ mengatakan bahawa kisah pohon tamar yang menangis sehinggakan ramai sahabat yang mendengar tangisannya lantas Rasulullah memujuk pohon tamar itu supaya berhenti menangis, mukjizat itu lebih ‘haibat’ daripada mukjizat menghidupkan orang mati. Ketika Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam berada dalam kandungan ibunya, Aminah tidak nampak seperti orang yang sedang mengandung pun. Nabi ada berapa orang anak?” Ustaz tiba-tiba bertanyakan soalan.

    Serentak terdengar orang ramai yang mendengar ceramah itu menjawab, “7 orang!”

    Ustaz menangguk-angguk. “Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam ada dua orang anak lelaki dan empat orang anak perempuan. Qasim dan Abdullah meninggal dunia sebelum Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam dilantik menjadi Rasul. Zainab, Umi Kalsom dan Ruqayyah pula meninggal dunia semasa Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam masih hidup. Hanya Fatimah sahaja yang hidup setelah Nabi Muhammad Sallahu’alaihiwasallam wafat tetapi hanya selama enam bulan. Ketika peristiwa gencatan senjata semasa Perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam banyak menghantar surat kepada raja-raja negara seperti raja Mesir dan raja Yaman. Sebagai hadiah, Raja Mesir memberikan dua orang hamba dan hadiah lain kepada Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam. Dua orang hamba tersebut , seorang daripada mereka dinikahi oleh sahabat Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam manakala hamba yang seorang lagi bernama Mariah dinikahi oleh Baginda sendiri. Hasil perkahwinan tersebut, mereka berdua memperoleh cahaya mata bernama Ibrahim. Setelah Ibrahim berumur setahun lebih, dia meninggal dunia. Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam menangis kerana anaknya ‘pergi.’ Berlaku gerhana bulan dan matahari dalam hari yang sama Ibrahim meninggal dunia. Ramai yang mengatakan bahawa matahari dan bulan sendiri bersedih dengan kematian Ibrahim tetapi Rasulullah berkata bahawa kejadian itu berlaku adalah kerana takdir.”  

    Sungguh dia rindukan untuk berada di majlis-majlis ilmu yang diumpamakan seperti berada di taman-taman Syurga.

Comments

Popular posts from this blog

Bahasa Melayu - Contoh Karangan Sastera

Akhi, Anta Hurrun!

Vehaen : Secebis Coretan