BAB 7 [From.Heart.To.Heart.]




Iman pulang ke rumah semalam. Kolej dah mula cuti dua hari lepas, tahun depan baru start pembelajaran baru. Sungguhlah, IB itu agak susah. Dan hubungan dia dengan parentsnya masih seperti dahulu, kurang gula, kurang garam, kurang sana-sini sejak dia mula berubah.

    “Akak, Im nak bertandang ke rumah akak boleh?” Iman bertanya kepada Lysa usai dia menceritakan pengalamannya di kolej menerusi panggilan yang dibuat.

    “La, boleh je. Nak suruh akak pergi ambil Im ke kat rumah?”

    “Takpelah kak, Im nak bas je. Lagipun Im nak pergi library sekejap, nak pinjam buku. Straight from library Im pergi ke rumah akak. Akak masak sedap-sedap ya.”

    “Hailoh, hailoh. Nak suruh akak masak apa?’

    Aku tahu mesti Kak Lysa takkan hampakan permintaan aku. “Ayam madu?”


*****


“Hari tu Kak Lysa ada pergi kuliah Maghrib di Masjid Sultan Muhammad. Ustaz Iqbal yang menyampaikan kuliah. Serious, akak rasa Ustaz Iqbal ni macam habib. Muka dia hampir sama dengan habib yang akak kenal tapi, haha. Lupa nama beliau. Im, hari tu beliau cerita suatu ilmu yang amatlah awesome bagi akak.” Senyum.

    “Apa dia, Kak Lysa?” Iman mengemaskan silanya. Mereka baru sampai di rumah Lysa dan baru sahaja selesai makan bersama.

    “Ustaz Iqbal cakap, langit kedua 10 kali ganda lagi besar daripada langit pertama. Langit ketiga 10 kali ganda lagi besar daripada langit kedua. Langit keempat 10 kali ganda lagi besar daripada langit ketiga. Langit kelima 10 kali ganda lagi besar daripada langit keempat. Langit keenam 10 kali ganda lagi besar daripada langit kelima.” Lysa menarik nafas. “Langit ketujuh 10 kali ganda lagi besar daripada langit langit keenam. Dan selepas langit ketujuh tulah terletaknya Arasy Allah. MashaAllah, betapa besarnya Arasy Allah.”

    Iman terganga. Subhanallah. “Haha, tutup mulut tu Im. Akak tahu Im terkejut.” Lysa ketawa.

    “O..key.”
    “Ingat tak peristiwa Isra’ dan Mikraj Nabi Muhammad Sallahu’alaihiwassalam?”

     “Ingat. Kenapa kak?” Iman tertanya-tanya.

   “Kan masa tu ketika Rasulullah Sallahu’alaihiwassalam nak tanggalkan selipar Baginda untuk masuk ke Arasy Allah, Allah larang Rasulullah Sallahu’alaihiwassalam berbuat sedemikian. Haa, itulah membuktikan betapa hebatnya sunnah Baginda. Ustaz Iqbal cakap, satu sunnah Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam itu lagi bernilai daripada Arasy Allah.”

   “MashaAllah. Arasy Allah tu besar tapi sunnah Rasulullah lagi besar nilainya.”

   Lysa senyum manis sambil menepuk lembut bahu Iman. “That’s right. Sebab tu kena sayang Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam dan usaha untuk meletakkan cinta Baginda dalam hati.”

   Iman mengangguk. Aku setuju.

   “Ustaz Iqbal tu sebenarnya seorang doktor dan mempunyai patient yang sangat ramai. Dan apabila patients beliau bertanyakan macam mana nak menyembuhkan penyakit mereka, beliau menyuruh mereka mengagungkan Allah kerana mengagungkan Allah itulah ubat yang paling berharga nilainya. Mengagungkan Allah tu seperti berzikir dan sebagainya. Beliau juga menyuruh patients supaya mempraktikkan sunnah baginda dalam kehidupan kerana sunnah Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam itu terdapat 1001 manafaat. Contohnya berbekam.”

   “Apa faedah berbekam, kak?”

   “Berbekam dapat membuang sisa toksik dalam darah. Berbekam di bawah telinga dapat membuang racun secara serta-merta macam peristiwa Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam dan para sahabat diracuni oleh seorang perempuan. Baginda dan para sahabat terus berbekam di bawah telinga dan mereka terselamat. Para sahabat yang tak sempat berbekam meninggal dunia akibat daripada racun tersebut.”

   Subhanallah.

   “Sama juga seperti bersiwak. Terlalu banyak faedah bersiwak yang Ustaz Iqbal cakap sampai akak tak sempat nak catat. Yang akak ingat, orang yang bersiwak sepanjang hidupnya akan dipermudahkan Allah untuk mengucapkan kalimah syahadah ketika menghadapi sakaratulmaut. MashaAllah, inilah faedah yang paaaaaling besar.”

   “Akak, thanks. Im dapat banyak sangat ilmu yang akak sampaikan. May Allah bless you, kak.” Iman memeluk Lysa erat.

   “No woes. Back to you.” Senyum lagi.



IMAN MEREBAHKAN DIRINYA ke atas katil. Minda berpusing-pusing dengan pelbagai perkara. Teringat memori semasa dia masih berada di alam sekolah menengah.

    “Weh, sejak Im nak jadi so-called ustazah sekarang ni, dia dah lama tak lepak dengan kita.”    Bel mencebik.

   Iman yang beratur membeli makanan tu terdengar suara Bel bercakap bersama dengan tiga orang lagi kawan rapatnya.

  “Ha’ah, betul tu. Dah nak berubah, berubahlah sorang-sorang. Ni sampai geng sendiri pun tinggalkan.” Nia menambah. Sara dan dan Adibah menggangguk-anggukkan kepala, bersetuju dengan apa yang mereka berdua katakan.

   Haih, aku tak lepak dengan diorang sebab diorang banyak mengata orang lain. Mengumpat sana-sini. Bila berkumpul sama-sama je bila mula-mula study, lepas tu buka cerita buruk tentang orang lain. Aku takut dosa mendengar umpatan tu terpalit pada diri aku sekali, desis Iman.


    Banyak benda yang dah berlaku, banyak benda yang beri kesan pada hidup. Kehadiran Kak Lysa banyak mengubah hidup ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah. Teringat kata-kata Kak Lysa dulu,
“Rasulullah Sallahu’alaihiwasalam pernah bersabda, ‘If Allah was to guide one person through you, that would be better for you that what is on this whole Earth.’ Reported by Bukhari.”

  And Lysalah yang sering membantunya ketika dia dalam kesusahan.  Yes, semua pertolongan itu daripada Allah tapi diberikanNya daripada pelbagai cara. Thanks God. Kak Lysa selalu buat aku impressed pada dia sebab dia sangat-sangatlah solehah bagi aku. Sangat-sangat menjaga pandangan. Selama aku kenal dia hampir tiga tahun ni, jarang sekali aku mendengar dia menyebut nama lelaki ajnabi. Hampir tidak pernah. Dia sangat menjaga dirinya. Dan aku tahu, ramai sangat orang yang nak kat dia tapi dia just cakap, “Kalau akak masih tak menyerahkan hati akak pada Allah sepenuhnya, mana mungkin akak menyerahkan hati akak kepada seorang lelaki.” Serious aku terkejut dengan ayat dia. Sesolehah dia boleh cakap macam tu, dah aku ni macam mana?  Teringat lagi kata-kata Kak Lysa,
    “Allah lah true love. Cinta abadi. Cinta yang akan berbalas apabila dicintai. Bukan macam cinta manusia, yang bila suka, belum tentu dibalas cintanya kembali. How to find it? Carilah ia, dalam hati. Dalam jiwa. Jika tiada, carilah ia kembali di sudut-sudut terpencil. Mana cinta Allah yang dibuang ke tepi kerana cinta manusia? Cari kembali.”


    Dia. Speechless.

Comments

Popular posts from this blog

Bahasa Melayu - Contoh Karangan Sastera

Akhi, Anta Hurrun!

Vehaen : Secebis Coretan