BAB 1 [From.Heart.To.Heart.]
Iman mengambil sila di sebelah mamanya. Di
hadapannya kini sepupunya, Ain Jasmin bersama suaminya, Haseef Ashraff duduk di
atas sofa sambil memandang ke arahnya.
“So how
Kak Ain hidup berumah tangga? Berseri-seri nampak?” Iman mengusik Ain Jasmin.
Minggu lepas ketika menghadiri majlis perkahwinan Ain Jasmin bersama Haseef
Ashraff, mamanya mengajak mereka berdua berkunjung ke rumah. Sebenarnya mereka
berdua sudah berkahwin di UK namun disebabkan tiada cuti yang panjang, mereka
menangguhkan dahulu majlis perkahwinan mereka di Malaysia. Minggu lepas baru
selesai semuanya kerana mereka berdua baru ada masa untuk pulang ke tanah air.
“Alhamdulillah,
so far so good.” Ain Jasmin tersenyum. Dia merupakan medical student tahun dua
di University of Aberdeen, Scotland.
“Im pula
macam mana, how’s your life?” Ain menambah.
“My life?
Hmm, macam ni jelah kak. Pagi, petang, malam study je. Tahun ni kan nak SPM.
Memang kena struggle habis-habisan la if nak dapat straight A’s.” Iman mengela
nafas perlahan.
“Both of
you tunggu sekejap je, Aunty nak ke dapur, siapkan makanan,” ujar mama Iman
kepada pasangan suami isteri tu seraya bangun menuju ke dapur.
“Haseef,
come. Lepak kat bilik kerja uncle sekejap. Men’s talk.” Papa Iman sudah bangun
mengajak Haseef ke biliknya yang terletak di tingkat atas.
Iman
segera melompat ke arah Ain Jasmin, mujur sofa tu berkualiti tinggi, kalau
tidak patah juga sofa tu dibuatnya. “Kak Ain!” Iman separa menjerit. “How come
you berubah sampai macam ni? Im tak pernah tengok Kak Ain pakai macam ni dulu.
Cerita cepat!” Dulu Ain Jasmin sama dengan dia, tak bertudung, pakai baju aci
redah je, asalkan cantik sudah. Tup-tup Ain Jasmin sekarang pakai baju kurung,
bertudung labuh lagi. Mana dia tak terkejut!
“Long
story, Im. Panjang gila kut kisahnya. Yang penting Kak Ain bahagia apabila buat
keputusan macam ni.”
“Tak panas
ke pakai macam tu?” Skeptis Iman bertanya. Yelah, dia yang kena pakai T-shirt
sukan berlengan panjang kat sekolah setiap hari Isnin pun rasa panas, apatah
lagi pakaian macam Ain Jasmin pakai.
“Eh, mana
ada panas. Biasa je, tak panas pun. Akak once rasa macam tak selesa bila pakai
baju dedah aurat macam akak pakai dulu. Yela, dedah sana sini. Kalau pakai baju
kecik asyik-asyik tarik baju ke bawah. Baik pakai baju longgar terus.” Jujur
Ain Jasmin menuturkan.
Zapp! Mak
aih, Kak Ain punya kata-kata tu pedas kut. Dahlah aku pakai baju baby tee je
sekarang ni. “Erk. Kak Ain, actually err err Im pernahlah terfikir nak stop
pakai baju-baju macam ni. Tapi... Im tak tahu nak mula macam mana.”
“Im suka
join camp tak?”
Camp?
“Suka.” Sepatah dia menjawab. “Kenapa kak Ain?”
“Ada satu
camp akan diadakan pada hujung bulan ni. Dekat Gombak. Akak used to be a
facilitator at that camp dua tahun lepas tapi tahun ini tak boleh la, akak kena
balik uni minggu depan. Nak join tak?”
“Apa nama
camp tu?”
“Refresh
Reformat camp. Camp tu ada dua nama sebenarnya. Nama satu lagi ialah Tazkiyatun
Nafs Mukhayyam.”
Tazkiyatun
what? Pemende tu? “Bahasa apa tu kak? Macam unfamiliar je.” Datar Iman
menuturkan.
“Bahasa
Arab la dik oi! So nak join ke tak?”
Gulp.
“SAYA NUR IMAN MAQSURAH. Panggil Im. Asal dari
Bangsar.” Itu sahaja pengenalan dirinya sewaktu sesi introduction tadi. Haih,
join jugak aku ke camp ni. But so far so good kut, sebab ramai je yang jenis
dia di camp ini. Jenis rock, tak pakai tudung macam dulu. Ramai ke Iman?
Sebenarnya lebih kurang sepuluh orang je kat camp tu yang macam jenis dia. Kata
ramai tadi hanya nak menyedapkan hati je.
Dia
menebarkan pandangannya ke sekeliling. Tapi fasilitator dengan moderator
program tu baik apa.
Takdelah
tengok dia macam bukan orang bila dia selamba je pakai skinny jean dan jacket
paras pinggang di camp tu walhal hampir semua fasilitator kat sana pakai tudung
labuh. Yang hanya nampak dua biji mata pun ada. Tapi, aku rasa macam berat
sangat kut benda ni kat aku, desisnya.
“Dalam hidup kita ni, ada cabaran. Cabaran awal, cabaran pertengahan dan
cabaran akhir. Dan cabaran akhir tu lah, kalau kita berjaya menempuhi, makin
senanglah kita ke Syurga.” Ustaz Hafidz menyampaikan tazkirahnya kepada para
peserta. Ada yang tekun mencatat kata-kata beliau, ada yang tersengguk-sengguk
dan ada yang khusyuk mendengar macam dia.
“Setiap sendi kehidupan kita itu ibadat sebenarnya. Allah berfirman
dalam Al-Quran, ‘Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
beribadat kepadaKu.’ Itu yang Allah kata. Dan ibadat tu mesti ada cara. Ala,
macam kamu semua study la, kalau tak kena cara, masuk tak apa yang kamu belajar
tu dalam otak? Mesti tak masuk kan?”
Iman menghela nafas. Duh, ustaz ni cakap pasal ibadat. Ibadat aku kering
kontang dah lama tak berisi.
Comments
Post a Comment