BAB 4 [From.Heart.To.Heart.]



“Jadi Im ni sepupu Ainlah ya? Umur berapa?” Kak Lysa bertanya sambil meletakkan cheesecake di atas meja kopi.

    “Ha’ah. 17. Tahun ni SPM.” Im senyum kelat. Dia menyuap kek tersebut ke mulut.

    “Kak Lysa, I want to wear tudung.”

    Huh? Lysa berpaling ke arahnya, menunggu dia menyambung ayat.

    “But, Im takde tudung dan Im tak tahu tudung jenis mana yang sesuai untuk Im pakai. Besides, my mum…” Dia diam seketika sebelum menyambung, “My mum isn’t supportive at all kalau bab-bab macam ni rasanya.”

    “Plus, Im tak suka tudung berfesyen pelik-pelik dan singkat macam sekarang. God’s obligation kan kena pakai tudung yang menutupi dada.” Iman menambah.

    Oh. Small matter. “Naa, it’s okay. Akak ada plenty pashmina dalam closet, sesuai untuk Im rasanya. Let’s try it!”
                          


“MAMA.”

    Mama serta papanya terpempan apabila melihat Iman yang bertudung itu. Kelu lidah seketika, tak tahu nak cakap apa.
   
 “Cantik tak anak mama pakai macam ni?” Im mencuba lagi.

    Diam beberapa saat. “Er. Not bad.”

    Im menunggu mamanya menyambung ayat tetapi hampa apabila mamanya masuk ke dapur, meninggalkannya terkulat-kulat di hadapan papanya. Papanya hanya mengukir senyum nipis sebelum kembali membaca The Star.


*****


“Akak, Im rasa macam tak kuat je untuk berubah. Rasa macam takde orang yang nak support.” Im meluahkan rasa hatinya.

     “Nah.” Lysa menghulurkan sesuatu kepada Iman. “It will help you. A lot.”

    “Iman mengambilnya seraya membaca sesuatu yang tertulis di atasnya, ‘AL-QURAN TERJEMAHAN RESAM UTHMANI’. Oh, Al-Quran.

    “Allah talks with us in that. The Quran will cure your broken heart and be a loyal friend, trust me.”



“ASSALAMUALAIKUM AUNTY ANIS. Ni Lysa, kawan Im. Lysa nak minta izin untuk fetch dia dari rumah boleh?” Lysa menelefon mama Iman setelah beberapa bulan mereka berdua berkawan rapat.

    “Waalaikumussalam. Oh. Silakan. Lysa ni tinggal kat mana? Memang selalu ke Im bonding dengan Lysa?” Mama Iman menjawab.

    “Kitaorang memang selalu bonding pun. Ni Im yang suruh beritahu sendiri dekat aunty, takut aunty risau. Aunty okay kan kami lepak sekali?”

    “No hal. Jaga Im baik-baik tau.” Biasanya mama Iman tak kisah pun dengan siapa Iman berkawan, asalkan tahu balik rumah sudah. Ni tambah-tambah lagi Lysa tu perempuan, lagilah dia tak kisah.

    “Alright. Thanks Aunty.”


*****


“Buku apa ya yang best akak?” Lysa dan Iman berada di kedai buku. Biasanya mereka berdua akan keluar berdua tiap-tiap bulan, keluar makan, bonding di library atau di rumah Lysa. Dan pernah juga Iman membawa Lysa ke rumah ketika mama dan papanya tiada di rumah.

    “Ha, cuba ambil buku kuning tu.” Lysa menunjukkan susunan buku kuning di rak belakang Iman.

    “Ni?” Iman mengambil buku tersebut. “Untuk Kita Pendosa by Hilal Asyraf. Best ke kak buku ni?”

    “Best sesangat. Hari tu akak bawa buku tu pergi PLKN, banjir satu dorm apabila akak baca buku tu.” Lysa ketawa kecil.

    Banjir? Oh, Kak Lysa nangis. “Im nak belilah. Yang ni satu.” Iman menunjukkan sebuah buku di tangan, Al-Quran Saintifik karya Dr. Danial Zainal Abidin.


***


“Nah, for you.” Lysa menghulurkan sebuah novel kepada Iman seraya duduk di atas sofa.
   
 “For me?” Iman menyambut. “Contengan Jalanan. Hlovate.”

    “It helps me a lot. Really helps.” Lysa menelan air liur yang terasa kesat. “Boleh dikatakan 180o  hidup akak berubah apabila baca novel tu.”

    Waa, awesome. Iman membelek-belek novel tu. Terjumpa sebuah ayat. “A man who decided to change on the twelfh hour dies on the eleventh.” Dia menuturkan. Zapp, terasa dalam hati.

    “Read and heed. Novel tu penuh dengan makna, serious say.”



IMAN MENGELAP PIPINYA yang terasa basah sedari tadi. Tak sangka begitu ending hidup Chad. Memang betullah, novel ni awesome. Chad ialah watak dalam novel Contengan Jalanan tu, yang excident selepas changed at tenth hour. Nasib baik sempat berubah. Aku rasa kehilangan gila kut dengan kematian Chad.  Dan aku rasa aku ni betul-betul bertuah sebab Allah pilih aku untuk diberikan hidayah. Sepatutnya kena bersyukur dengan hidayah ni, not take for granted.

    Dia mencapai handphonenya, mendail nombor Lysa.

    “Assalamualaikum akak. Maaf mengganggu malam-malam.” Suara ditahan daripada kedengaran sebak.

    “Waalaikumussalam warahmatullah. Ada apa Im?” Suara Lysa menjawab dari hujung talian.

    “Macam mana nak buat sujud syukur?” Rasa bersyukur kut dapat nikmat hidayah, nikmat Islam kerana agama Islam ialah agama hidup, bukan agama mati.
   


Comments

Popular posts from this blog

Bahasa Melayu - Contoh Karangan Sastera

Akhi, Anta Hurrun!

Vehaen : Secebis Coretan