BAB 9 [From.Heart.To.Heart.]



“Assalamualaikum, Kak Ain.” Iman menegur Ain Jasmin dari hujung talian di Malaysia.

    “Waalaikumussalam warahmatullah. Im! Rindunya dekat dia.” Ain senyum.

    “Kak Ain, Im ada sesuatu nak bagitau ni.” Iman dah tersengih-sengih.

    “Apa dia?”

    “Im dapat sambung ke… Uni of Aberdeen!”

    “What?! Alhamdulillah.”


*****


Iman merenung sekeliling restoran itu. Hari ini dia keluar dengan Kak Lysa untuk melepaskan rindu yang terbuku selain ingin menyampaikan berita bahawa dia akan further her studies ke Aberdeen. Duh, lepas ni mesti rindu dekat kak Lysa. Dah takde bahu untuk dia menangis, dah takde tempat untuk dia berkongsi masalah. Aku dah start melankolik ni.

    “Im, jauh termenung. Nak tembus tingkap tu dipandangnya. Fikir apa sayang?” Lysa menegur Iman sambil senyum. Dia meletakkan Blueberry Cheese cake dan Blackforest cake yang masing-masing berada di atas piring ke atas meja.

     “Kak, Im nak beritahu sesuatu ni.” Dia tersenyum kelat.

     “Apa dia?”

     “Akak tahu kan Im dah habis buat IB, so…” Dia menelan air liur yang terasa kesat. “Iman dapat sambung study ke Aberdeen. University of Aberdeen, Scotland.”

    “Mabrouk alaiki, Im! Akak bangga sangat dengan Im, jujur akak cakap.” Muka Lysa bercahaya bagai disuluh spotlight.

    “Tapi… Nanti Im akan berpisah dengan akak. Kalau dulu memanglah Im jauh jugak dengan Kak Lysa masa Im buat IB, tapi at least masih dalam Malaysia. Ni jauh kak, Im di ceruk barat dunia, akak di Asia.” Iman meluahkan.

    “Alolo, Im janganlah cakap macam tu. Kita masih boleh buat video call la, Im. Lagipun bukannya akak nak lupakan Im pun. Doa kan ada.” Lysa senyum.

    “Hmm. Nanti dah tak dapat rasa masakan akak yang sedap tu. Rindulah kak!”

    Lysa tergelak. Budak ni pun. “Macamlah kat sana takde masakan yang sedap dan halal. Kalau takde, takkanlah Ain tahan je duk sana.”

    “Kak Ain tu takpelah kak, dia ada Abang Haseef. Sweet couple ever. Sungguh, Im jarang jumpa pasangan se’sweet’ mereka in real life. Dalam drama adalah, berlambak.” 

    “Memang sweet pun. Ain dapat pasangan yang baik sebab dia pandai jaga diri dia. Nanti Im pergilah ziarah mereka.”

    “InshaAllah. Kak, nanti Im dah takde bahu untuk menangis. Sepanjang Im hidup, akaklah orang yang paling banyak kali tengok Im menangis.”

    “Im, akak tak selamanya hidup. Allah kan ada. Allah ada dengan Im, sentiasa ada.”

    “That’s true. Nanti ingat Im selalu tau?” Im dah mula menikmati Blueberry Cheese cakenya.

    “Sure, InshaAllah.”


*****


"In The Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful. By the time. Indeed, mankind is in loss. Except for those who have believed and done righteous deeds and advised each other to truth and advised each other with patience."

    Rafeeqi  Irsyad meletakkan terjemahan Al-Quran pemberian Haseef itu ke atas meja. Dia meraup wajah. Rasa tenang seketika apabila ponder ayat-ayat suci Kalamullah. Sedikit sebanyak dia sudah boleh redha dengan kematian Luthfi sebulan lepas. Abangnya itu meninggal dunia akibat kanser paru-paru stage four yang dialaminya. Perit apabila melihat sendiri abang yang amat-amat disayangi pergi. Perit juga apabila menyaksikan sendiri betapa teruknya sakit yang dihadapi oleh abangnya, dan dia juga yang menemani abangnya membuat rawatan kemoterapi tahun lepas. Luthfi bukannya seorang perokok. Luthfi bukan stok-alim tapi dialah yang berada di sisinyabersama-sama meneruskan hidup apabila kematian kedua ibu bapanya dalam sebuah kemalangan. Sekarang ni familinya di Malaysia hanya nenek dan datuknya.

    Luthfi, aku rindu kau. Kenapa kau pergi dulu? Kenapa kau tinggalkan aku sorang-sorang? 

    Rafeeqi Irsyad menghela nafas berat. Dahlah, hidup kena teruskan. He will wait me in the Heaven, if God wills.

   

“MAMA.” IMAN MEMELUK mamanya yang sedang menonton televisyen. Papanya belum pulang dari pejabat.

    “Apa dia?” Mamanya mengerling sekilas ke arah Iman sebelum kembali menonton televisyen. 

    “Im rindulah nak keluar dengan mama dan papa. Kan tak lama lagi Im dah nak ke Scotland.” Iman cuba memancing perhatian mamanya. Sudah lama mereka tidak berbual sebegitu. Semacam ada tembok besar yang memisahkan hubungan Iman dengan ibu bapanya.

    “Nak pergi mana? Mama busylah lately ni.”

    Mama memang selalu busy pun. “Ala, mama ambillah masa sekejap untuk kita hang out. Minggu depan Im dah nak fly tau.”

    “Hm, tengoklah dulu. Nanti mama tanya papa.” Ringkas mamanya menjawab.

    “Mama, kenapa Im tengok mama macam tak suka je berbual dengan Im? Im ada buat salah ke?”

    “Mana ada. Takde apa-apalah. Esok kata nak pergi beli barang. Dah, pergilah masuk tidur.” Mamanya berdalih lagi.

   “Okay mama.”


*****


Palestin dibom lagi. Allah. Bergenang air mata apabila teringatkan rakyat negara penuh barakah itu. Palestinians, I love you. Walaupun mereka jauh di mata, dia tetap mengingati mereka.  Tidak pernah Iman terlupa membaca qunut nazilah selepas dia selesai solat. Allahu akbar. Penderitaan mereka sukar dibayangkan. Anak-anak yang masih kecil merasai penderitaan sebegitu rupa, mashaAllah. Tak tergamak dia makan, minum dan menggunakan bahan buatan daripada Israel laknatullah yang sehingga kini telah mencabul hampir seratus resolusi PBB itu seperti produk Nestle (Milo, aiskrim jenama Nestle, Nescafe, Maggi, secukup rasa, koko crunch daripada Nestle etcetera), Coca Cola, Johnson & Johnson, L’oreal, Maybelline dan lain-lain. Juga tak sanggup dia mengunjungi Starbucks, McDonald’s, Tesco, 7 Eleven, Hard Rock cafĂ© dan sebagainya. Teringat saat dia dan berjumpa dengan dua orang rakannya di sebuah shopping complex dahulu.

    “Awak, jom kita pergi beli air. Dahagalah.” Mereka bertiga berada di medan selera kompleks beli belah itu.

    “Tu tempat beli air. Haa, pergilah. Kitaorang tunggu di sini.” 

    Iman mendekati tempat tersebut. Tiba-tiba dia ternampak lambang Nestle di container air Milo, Nescafe dan beberapa air yang lain. Dia kembali kepada rakan-rakannya.”

   “Tak jadilah beli air kat situ. Kita pergi beli Coolblog jelah.”

   “Kenapa?”

   “Saya tak minum air-air tu. Boikot. Tu produk Nestle.”

    Tiba-tiba dua orang rakannya tergelak. Iman pelik.

   “Saya tak pernah jumpa lagi orang macam awak, Im. Kalau saya nak minum air tu, saya minum je. Tak payah fikir apa-apa.” Salah seorang daripada kawannya bersuara sambil senyum.

  “Betul tu. Lagi saya boikot, lagi saya terasa nak makan. Macam McD. Dah terasa nak makan, makan jelah.”

   Iman tersenyum kelat. Tak tahu nak cakap apa dekat kawan-kawannya. Dia diam sebelum bersuara, “Saya bukan apa, saya tak sanggup nak minum atau makan produk Israel. Tak sampai hati.”

   Kedua-dua orang rakannya masih belum berhenti tersenyum seolah-olah memperlekehkannya.

    Kak Lysa sendiri pernah cakap, “Kalau Allah bagi Israel serang Malaysia, berapa ramai akan mati dalam keadaan hina apabila dibom? Mati dalam keadaan berzina, dalam keadaan tidak menutup aurat, dalam keadaan berpakaian seksi, dalam keadaan bermaksiat/couple, dalam keadaan tiada kemaafkan Ilahi.” Terkedu.



Comments

Popular posts from this blog

Bahasa Melayu - Contoh Karangan Sastera

Akhi, Anta Hurrun!

Vehaen : Secebis Coretan