Vehaen : Secebis Coretan


“Aku rindu Rif’at.” Sebaik sahaja kata-katanya diakhiri, Amrullah didakapnya. Air mata Imran mengalir di bahu Amrullah. “Aku takut dia pergi selama-lamanya. Aku takut kalau aku kembali jadi macam dulu.”

-Vehaen-


Assalamualaikum. Hampir dua minggu aku tak update blog. Maaf, maaf. Hari ini aku nak berbicara tentang sebuah novel yang AMAT-AMAT (capslock di situ) awesome bak hang! Tudiaaaaa, novel Vehaen : Satu Cerita karya Ainul Farihah.




Ada tiga watak utama dalam novel Vehaen iaitu Aamir Rif’at (Rif), Imran Fatih (Im) dan Amrullah Khairi (Am). Imran ini jenis baran sikit plus sensitif tapi sebenarnya dia seorang yang setia, Amrullah pula seorang yang sangat cool dan bijak belajar daripada his past daaaaaan Rif’at yang soleh dan tenang sangat-sangat. Novel ini merupakan novel ukhuwah yang amatlah best dan lebih manis daripada sucrose, fructose dan maltose.

Seriously aku dah lama tak baca novel yang membuatkan aku menangis (selain daripada novel-novel Hlovate dan Hilal Asyraf) tapi jujur aku cakap, novel Vehaen ini banyak gila buat aku menangis. Seriously tersentuh beb dengan ukhuwah mereka. Ada part yang sedih gila dan ada part yang sweet sangat-sangat sampaikan kelmarin (Jumaat) aku berkali-kali sebut ‘manisnya, manis’ ketika membaca novel tu. LOL.

“Am, kami ada.” Rif’at berbisik perlahan ke telinga kanan Amrullah.

“Selalu ada.” Bisikan di telinga kiri oleh Imran menambahkan lebar senyumannya.

“Terima kasih, bro.”


Masa baca novel ini selalu je senyum sebab ukhuwah mereka bertiga ni terlalu kuat. Mereka siap ada istilah ‘contact hati’ lagi.

Meh aku taipkan beberapa part dalam novel ni.


“Kenapa?” Fitriy memandang ke atas pentas.

“Imran menyanyi.” Akram menjawab. Dia turut tergaman sebenarnya.

“Habis tu, kenapa?”

Akram memandang Fitriy. “Bro, satu dunia tahu Imran tak reti menyanyi dan dan tak suka menyanyi.”

***

“Warna-warna cinta, yang terlukis di hatimu..” Imran menepuk-nepuk dada Amrullah.

“… sematkan pada senyum dan tangismu…” Amrullah membuat gaya senyum, kemudiannya menangis. Ketawa mereka pecah.

“Aku suka lagu Bersama, Devotees. Memang menguji vokal kaulah, Rif.” Fathi menepuk bahu Rif’at.

Rif’at hanya tersengih.

“Tapi aku rasa, semua orang paling menghayati time lagu Warna-Warna Cinta, Brothers. Ada yang menangis kut…”


Ini time diorang buat show nasyid. Memang gempak habislah. Rif’at tu main vokal.


Senyuman Amrullah bertambah lebar. “Kau tahu, kalau ada seorang ini diuji dengan difitnah sehingga satu dunia tidak percaya pada dirinya dan dia relaks sahaja, ini sebab dia pegang pada dua prinsip. Pertama, dia percaya Allah nak uji tahap mana keimanannya. Kedua, pada masa satu dunia tidak mempercayai dirinya, ada dua orang yang masih bersamanya, iaitu sahabat-sahabatnya.” Amrullah sengih memandang Rif’at dan Imran silih berganti. “Ibaratnya kau berdualah.”

“Indahnya ukhuwah kerana Ilahi.”

“Sebab?”

Amrullah senyum memandang tasik. “Sebab aku rasa kuat.”


Yang ini memang buat aku tersentuh.


“Aku cakap pasal ni!” Amrullah mencapai helaian kertas tersebut.

“Kau dah tahu?”

Dush!!! Satu tumbukan padu hinggap tepat pada wajah Rif’at. Rif’at tidak membalas, hanya menyentuh perlahan wajahnya. Tiada darah. Namun, sakit terasa.


Yang ini antara konflik dalam novel Vehaen.

Seriously banyak konflik dalam Vehaen digauli oleh Kak Ainul Farihah dengan jayanya. Cewah. Kadang-kadang tak expect pun benda tu terjadi. Aku selalu buat false expectation dan ada konflik tu yang nak tak nak, kena ada juga. Macam… tak tahu nak explain macam mana.

So, for someone (aku tak ingat nama seorang gadis yang promote novel ni kat aku), thanks sebab suggestkan aku untuk baca novel ni dan suruh aku tengok trailer novel ini di youtube. Seriously, it helps. Nah, ini videonya.



Thanks for Kak Ainul Farihah sebab hasilkan karya mantap ini. Applaud.

Nak baca, kena beli. Novel tebal tapi murah je, RM22. Adios.



Comments

Popular posts from this blog

Bahasa Melayu - Contoh Karangan Sastera

Akhi, Anta Hurrun!