Reader's Review

Dakwah. Bagi saya, stail dakwah yang baik ialah seperti stail dakwah yang Budak Tomato (Mato) lakukan serta coretkan di blog. Lembut dan tak menghentam. Hampir semua entri beliau di blog tidak pernah gagal membuatkan saya sebak dan menangis. Menusuk ke dalam jiwa hatta sependek mana pun entri itu. Dan Alhamdulillah, beliau bakal menerbitkan sebuah buku, gandingan bersama Aiman al-Banna tidak lama lagi, inshaAllah. Aiman al-Banna pun dakwahnya awesome, cubalah baca di blog beliau. Pemilihan kata-kata dan susunan ayat sangat teratur, sesuai untuk bacaan belia especially entri tentang sirah Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam. Pernah baca novel @ kompilasi cerpen @ buku motivasi tulisan Bro. Hilal Asyraf? Beliau seorang lagi penulis berbakat di Malaysia. Saya pernah membaca kompilasi cerpen iaitu Matahari dan sungguh, banyak cerpen dalam Matahari membuatkan hati saya berdetap. Penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Arab yang sangat baik. Sama juga tulisan darip...