Bahasa Melayu - Contoh Karangan Sastera


Assalamualaikum.

Saya tahu suatu perkara yang amat susah untuk para pelajar (terutamanya tingkatan 4 dan 5) untuk score markah yang tinggi untuk karangan panjang dalam kertas peperiksaan Bahasa Melayu. I'm not a girl type yang suka tulis karangan tentang fakta macam faktor penderaan kanak-kanak, usaha kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020 dan sebagainya jadi saya mengambil pendekatan untuk menulis karangan berbentuk sastera kerana karangan seperti ini merupakan 'dunia' saya. 

Contoh karangan ada di bawah. Cuba ambil berapa input dan cara penulisan kerana jika anda mahir dalam menulis karangan seperti ini, tidak mustahil anda akan dapat 95+ ke atas per 100 markah. LOL, saya tidak sampai tahap itu lagi. Jika anda berasa bahawa penulisan karangan seperti ini tidak sesuai dengan diri anda, maka tinggalkan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------


Soalan:

Karya-karya sastera seperti novel mempunyai banyak pengajaran yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan. Huraikan pengajaran yang dapat anda jadikan teladan berdasarkan novel yang anda baca.



Jawapan :

    Marcapada ini, lambakan karya sastera seperti novel, puisi dan cerpen diterbitkan di pasaran. Fenomena ini menunjukkan bahawa karya-karya sastera masih mendapat tempat di hati penulis dan pembaca bak kata pepatah, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Majoriti masyarakat di negara Malaysia ini telah terkena virus teknologi yang semakin maju dari hari ke hari dan mereka berpendapat bahawa karya-karya sastera tempatan akan pupus tidak lama lagi. Bagi menghapus kenyataan ini, pelbagai pihak telah mengadakan usaha untuk memperkasakan bakat penulisan sastera dalam kalangan rakyat Malaysia seperti mengadakan Pertandingan Menulis Cerpen Kemiskinan pada 10 Febuari 2015 selain mengadakan Sayembara Penulisan kepada para pelajar serta mahasiswa. Umum mengetahui bahawa setiap karya sastera seperti novel yang berkualiti akan menyelitkan pelbagai pengajaran kepada pembaca jadi sebagai seorang pembaca dan juga penulis novel, terdapat pelbagai pengajaran yang saya peroleh melalui pembacaan saya untuk dijadikan teladan.

    Antara pengajaran yang saya peroleh ialah kita janganlah memandang rendah terhadap seorang seolah-olah dia sudah tidak mempunyai masa depan. Pengajaran ini saya peroleh melalui sebuah novel iaitu Sutera Dalam Lukisan karya Abdul Talib Hasan. Novel ini mengisahkan tentang seorang pemuda miskin bernama Bujei yang menghadapi pelbagai ujian dan tribulasi dalam hidup semenjak kematian ibunya dan peristiwa kebakaran rumahnya. Disebabkan Bujei seolah-olah seorang lelaki yang hidup segan, mati tidak mahu, ramai penduduk kampung tidak mempedulikannya padahal Bujei sebenarnya seorang yang bijak dan berwawasan pada suatu ketika dahulu tetapi sikap berwawasan itu lebur apabila dia kehilangan ibunya dalam kebakaran. Oleh yang demikian, Bujei menjadi seorang yang berperangai seperti budak-budak dan kelihatan tidak waras sehinggakan seorang pemuda bernama Alias sering menghinanya. Namun, hidup Bujei berubah kepada 360 darjah apabila Adila hadir ke dalam hidupnya dan berusaha membantu Bujei untuk menjadi manusia yang normal. Melalui kisah ini, saya dapat melihat bagaimana seseorang yang kelihatan sudah tiada harapan yang cerah dalam hidup dapat meniti semula kehidupannya menuju ke arah sinar mentari yang terang. Kesimpulannya, pengajaran yang saya peroleh ini juga boleh saya aplikasikan untuk mengajar adik-adik saya yang masih tidak tahu membaca dan menulis dengan bersungguh-sungguh kerana mereka juga berpotensi untuk memperoleh masa depan yang cerah.

    Seterusnya, saya juga mendapat pengajaran daripada novel tulisan Dr. Farhan Hadi yang berjudul Tuhan Lebih Saintifik iaitu saya mestilah sentiasa menuntut ilmu supaya tidak jahil dalam kehidupan. Novel yang hangat di pasaran ini mengisahkan tentang seorag doktor anatomi, Dr. Donald yang berusaha menanamkan fahaman ateis iaitu suatu doktrin yang tidak mempercayai Tuhan kepada para mahasiswa di sebuah universiti. Namun, hujah-hujah Dr. Donald yang mengangkat ilmu Sains ke martabat yang tertinggi berbanding dengan kuasa Tuhan berjaya dipatahkan dengan tenang oleh Dr. Ahmad Zabidi, seorang doktor baru di universiti tersebut. Melalui penceritaan di dalam novel ini, saya telah terpesona dengan kebijaksanaan penulis novel ini yang berjaya merungkai persoalan hubungan antara Al-Quran, Sains dan Tuhan dengan begitu teliti dan akhirnya saya sedar bahawa dalam hidup ini terdapat pelbagai ilmu yang perlu saya pelajari supaya saya tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung. Mungkin selepas ini saya akan mengkaji lagi ilmu-ilmu seperti ilmu Kitab Injil atau ‘Bible’, ilmu astronomi, ilmu perubatan dan ilmu perbandingan agama dengan orang-orang yang bertauliah lebih-lebih lagi Allah telah menyatakan dalam Al-Quran suatu ayat yang bermaksud, ‘Tanyalah kepada pakar jika kamu tidak mengetahui.’ Tegasnya, novel ini memberikan pengajaran kepada saya dan memperlihatkan saya suatu dimensi yang berbeza dari sudut ilmu dalam hidup saya selama ini.

    Di samping itu, pengajaran yang lain pula ialah saya hendaklah tabah dalam menghadapi ujian hidup yang diselitkan dalam novel bertajuk Renyah di mana novel ini menjadi salah satu daripada komponen sastera untuk pelajar tingkatan 4. Perkataan Renyah yang menjadi tajuk novel ini bermaksud sedih, pilu, gundah gulana dan kecewa menggambarkan perasaan Dato Dolhi mengenangkan anak-anaknya yang bermasalah seperti Mukhlis yang terlibat dalam suatu ajaran sesat, Dani yang terjebak dalam kancak penyalahgunaan dadah serta Hasnol yang tergolong dalam golongan yang mengamalkan rasuah dalam perniagaan. Melalui novel ini, orang marhaen seperti saya berpendapat bahawa sifat tabah merupakan suatu sifat yang penting dalam hidup. Walaupun mempunyai zuriat yang ramai, Dato Dolhi tetap berasa sayu mengenangkan anak-anaknya yang dijangka akan membawa sinar kebahagiaan dalam hidupnya kerana disangka cerah hingga ke petang namun hujan di tengah hari. Oleh yang demikian, saya mestilah sabar seperti Dato Dolhi dalam menghadapi tribulasi dalam hidup kerana saya yakin, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.

    Selain itu, saya juga memperoleh suatu perngajaran yang baik melalui novel Vehaen: Suatu Cerita tulisan Ainul Farihah iaitu saya mestilah setia terhadap sahabat-sahabat saya. Novel yang mengisahkan tentang kehidupan dan ukhuwah antara tiga sahabat iaitu Aamir Rif’at, Imran Fatih dan Amrullah Khairi ini banyak memberikan saya suatu perspektif yang berbeza tentang keutuhan sebuah persahabatan yang dijalinkan kerana-Nya. Ketika peristiwa Amrullah Khairi difitnah memecah masuk ke dalam sebuah bilik yang menempatkan soalan peperiksaan semester, Imran Fatih serta Aamir Rif’at tetap setia membelanya. Ternyata Amrullah Khairi tidak tergugat dengan fitnah yang dilemparkan dan berkata bahawa jika seorang telah difitnah sehinggakan satu dunia tidak mempercayainya namun dia hanya tenang, keadaan itu hanyalah kerana dua perkara iaitu dia percaya bahawa Tuhan sedang menguji keimannya dan dia masih menpunyai dua sahabat yang menyokongnya. Oleh kerana itu, sewajarnya saya setia kepada sahabat-sahabat saya kerana bagi saya persahabatan itu ibarat tasbih, walaupun terputus ikatan tasbih itu, biji-biji tasbih tetap tidak akan pecah. Jadi seharusnya saya menghargainya sahabat-sahabat saya sekarang kerana seorang sahabat boleh menjamin sama ada saya akan ke Syurga atau Neraka.

    Pengajaran terakhir yang saya peroleh dalam pembacaan novel ialah saya janganlah menjadi pengecut apabila menghadapi sesuatu kejadian. Pengajaran ini telah diselitkan secara tersirat dalam sebuah novel yang saya maksudkan di sini ialah novel yang bertajuk Si Pengejar Layang-Layang atau ‘The Kite Runner’ tulisan Khaled Hosseini yang telah diterjemahkan kepada kurang daripada 70 bahasa termasuklah Bahasa Melayu dan telah menduduki carta novel terlaris dalam ‘New York Times’ selama 50 minggu berturut-turut. Novel ini mengisahkan persahabatan antara Ali dan Hasan yang mula goyah apabila Ali iaitu anak kepada majikan ayah Hasan yang bekerja di rumahnya telah melihat suatu keganasan seksual yang dilakukan oleh Assef terhadap Hasan walaupun ketika itu mereka bertiga masih kecil. Akibat daripada peristiwa tersebut, Ali berasa takut untuk mendekati Hasan seraya memfitnah Hasan dengan menuduh Hasan mencuri jam tangannya. Akhirnya, ayah Hasan iaitu Agha Baba bersama Hasan keluar dari rumah itu dengan hati yang terluka. Melalui peristiwa ini, saya mendapati bahawa Ali sebenarnya takut untuk melakukan tindakan seterusnya apabila melihat suatu perbuatan jijik dilakukan ke atas Hasan dan dia sepatutnya tidak boleh bersikap sedemikian. Oleh yang demikian, saya jadikan kisah Ali dan Hasan ini sebagai teladan supaya saya tidak bersikap pengecut untuk mengambil tindakan yang sewajarnya apabila mendepani suatu keadaan yang sukar. Tegasnya, novel ini seharusnya dimiliki oleh seluruh rakyat Malaysia kerana pelbagai pengajaran dan ilmu diselitkan di dalamnya seperti keadaan negara Afganistan yang kacau bilau, hubungan saudara tiri yang dingin dan sebagainya.

    Pada hemat saya, karya-karya sastera seharusnya dimartabatkan dalam negara Malaysia untuk mengatasi masalah rakyat negara ini yang dikatakan malas membaca. Karya-karya yang dihasilkan perlulah ditapis terlebih dahulu sebelum dipasarkan di kedai-kedai buku, pesta buku dan beberapa medium lain supaya rakyat Malaysia akan terdedah kepada hasil karya yang benar-benar berkualiti dan memberi manfaat. Ingatlah bahawa tiada kejayaan yang tidak diiringi dengan kesukaran jadi sepatutnya penerbit dan penulis mencari idea untuk menghasilkan lebih banyak idea yang berkualiti walaupun perkara ini akan membuka sedikit jalan kesukaran dan mengambil masa yang lama. Ingin saya tegaskan di sini bahawa saya dan semua anak jati Malaysia berusaha memperkasakan lagi budaya membaca sebagaimana ayat pertama yang diturunkan di dalam Al-Quran yang menyuruh kita membaca kerana melalui pembacaanlah, masyarakat akan menjadi lebih bertamadun dan berilmu tinggi bagi mencapai wawasan yang kian dilaungkan kepada rakyat Malaysia marcapada ini iaitu Wawasan 2020.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Syukran kerana membaca!

Comments

  1. great!! proud of you my sahabt...your secret admire since form 1-anis amalin-

    ReplyDelete
  2. Waaaaaa, Anis! :) Syukran :))

    ReplyDelete
  3. Thanksss... soalan karangan spm 2015 sama dengan soalan nii...nanti boleh laa sy buat rujukan untuk diri sy...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Selamat menulis! :)

    ReplyDelete
  5. Sangat menarik... Saya minta kebenaran copy ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tapi kreditkan nama saya ye. Terima kasih 😊

      Delete
    2. Boleh tapi kreditkan nama saya ye. Terima kasih 😊

      Delete
  6. mohon copy ayat pendahuluan yerr (^<>^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okey :) Silakan tapi kreditkan nama saya ye 😊

      Delete
  7. waaa...terima kasih mnx izin jadikan rujukan bleh,,doakn saye spm 2k16

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, silakan menjadi rujukan :) I wish you best of luck in SPM ^^ Moga dapat result yang terbaik!

      Delete
  8. karangan terbaik.. teruja membacanya.. minta kebenaran untuk jadikan rujukan.. tq

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Terima kasih atas komen. Silakan :)

    ReplyDelete
  10. sangat baik dan berisi penulisannya.. ada instagram atau pun fb untuk di follow?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Syukur jika ianya bermanfaat. Ada :) IG: @ainatilaaa_
      FB: Nor Ain Atila Ibrahim

      Tq ☺

      Delete
  11. ni utk dimensi satera eh????

    ReplyDelete
  12. Pergh terbaik la akak......sangat sesuai dijadikan rujukan untuk ulangkaji spm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih kerana baca blog akak :)

      Delete
  13. Izinkan sye untuk menyalinnya.. terima kasih..

    ReplyDelete
  14. izinkan saya copy. terima kasih :)

    ReplyDelete
  15. Serious sebijik soalan karangan macam trial bm esok ! Saya enjoy baca karangan akak sebab saya pun more ke arah sastera macam akak jugak 😆 so , why not akak buat karangan sastera tapi lebih open . Maksud saya , karangan sastera di peringkat international . So masukkan jugak pasal sasterawan or novelist luar negara like j.k Rowling and so on . Yeah it just my opinion ! You can take it or leave it hehe . Stay safe ♥️♥️♥️

    ReplyDelete
  16. Karangan best!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Akhi, Anta Hurrun!

Vehaen : Secebis Coretan