Bahasa Melayu - Contoh Karangan Sastera
Assalamualaikum.
Saya tahu suatu perkara yang
amat susah untuk para pelajar (terutamanya tingkatan 4 dan 5) untuk score
markah yang tinggi untuk karangan panjang dalam kertas peperiksaan Bahasa
Melayu. I'm not a girl type yang suka tulis karangan tentang fakta macam faktor
penderaan kanak-kanak, usaha kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020 dan
sebagainya jadi saya mengambil pendekatan untuk menulis karangan berbentuk
sastera kerana karangan seperti ini merupakan 'dunia' saya.
Contoh karangan ada di bawah.
Cuba ambil berapa input dan cara penulisan kerana jika anda mahir dalam menulis
karangan seperti ini, tidak mustahil anda akan dapat 95+ ke atas per 100
markah. LOL, saya tidak sampai tahap itu lagi. Jika anda berasa bahawa
penulisan karangan seperti ini tidak sesuai dengan diri anda, maka tinggalkan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan:
Karya-karya sastera
seperti novel mempunyai banyak pengajaran yang boleh dijadikan teladan dalam
kehidupan. Huraikan pengajaran yang dapat anda jadikan teladan berdasarkan
novel yang anda baca.
Jawapan :
Marcapada
ini, lambakan karya sastera seperti novel, puisi dan cerpen diterbitkan di
pasaran. Fenomena ini menunjukkan bahawa karya-karya sastera masih mendapat
tempat di hati penulis dan pembaca bak kata pepatah, tak lapuk dek hujan, tak
lekang dek panas. Majoriti masyarakat di negara Malaysia ini telah terkena
virus teknologi yang semakin maju dari hari ke hari dan mereka berpendapat
bahawa karya-karya sastera tempatan akan pupus tidak lama lagi. Bagi menghapus
kenyataan ini, pelbagai pihak telah mengadakan usaha untuk memperkasakan bakat
penulisan sastera dalam kalangan rakyat Malaysia seperti mengadakan
Pertandingan Menulis Cerpen Kemiskinan pada 10 Febuari 2015 selain mengadakan
Sayembara Penulisan kepada para pelajar serta mahasiswa. Umum mengetahui bahawa
setiap karya sastera seperti novel yang berkualiti akan menyelitkan pelbagai
pengajaran kepada pembaca jadi sebagai seorang pembaca dan juga penulis novel,
terdapat pelbagai pengajaran yang saya peroleh melalui pembacaan saya untuk
dijadikan teladan.
Antara pengajaran
yang saya peroleh ialah kita janganlah memandang rendah terhadap seorang
seolah-olah dia sudah tidak mempunyai masa depan. Pengajaran ini saya peroleh
melalui sebuah novel iaitu Sutera Dalam Lukisan karya Abdul Talib Hasan. Novel
ini mengisahkan tentang seorang pemuda miskin bernama Bujei yang menghadapi
pelbagai ujian dan tribulasi dalam hidup semenjak kematian ibunya dan peristiwa
kebakaran rumahnya. Disebabkan Bujei seolah-olah seorang lelaki yang hidup
segan, mati tidak mahu, ramai penduduk kampung tidak mempedulikannya padahal
Bujei sebenarnya seorang yang bijak dan berwawasan pada suatu ketika dahulu
tetapi sikap berwawasan itu lebur apabila dia kehilangan ibunya dalam
kebakaran. Oleh yang demikian, Bujei menjadi seorang yang berperangai seperti
budak-budak dan kelihatan tidak waras sehinggakan seorang pemuda bernama Alias
sering menghinanya. Namun, hidup Bujei berubah kepada 360 darjah apabila Adila
hadir ke dalam hidupnya dan berusaha membantu Bujei untuk menjadi manusia yang
normal. Melalui kisah ini, saya dapat melihat bagaimana seseorang yang
kelihatan sudah tiada harapan yang cerah dalam hidup dapat meniti semula
kehidupannya menuju ke arah sinar mentari yang terang. Kesimpulannya, pengajaran
yang saya peroleh ini juga boleh saya aplikasikan untuk mengajar adik-adik saya
yang masih tidak tahu membaca dan menulis dengan bersungguh-sungguh kerana
mereka juga berpotensi untuk memperoleh masa depan yang cerah.
Seterusnya, saya juga mendapat pengajaran daripada novel tulisan Dr.
Farhan Hadi yang berjudul Tuhan Lebih Saintifik iaitu saya mestilah sentiasa
menuntut ilmu supaya tidak jahil dalam kehidupan. Novel yang hangat di pasaran
ini mengisahkan tentang seorag doktor anatomi, Dr. Donald yang berusaha
menanamkan fahaman ateis iaitu suatu doktrin yang tidak mempercayai Tuhan kepada
para mahasiswa di sebuah universiti. Namun, hujah-hujah Dr. Donald yang
mengangkat ilmu Sains ke martabat yang tertinggi berbanding dengan kuasa Tuhan
berjaya dipatahkan dengan tenang oleh Dr. Ahmad Zabidi, seorang doktor baru di universiti
tersebut. Melalui penceritaan di dalam novel ini, saya telah terpesona dengan
kebijaksanaan penulis novel ini yang berjaya merungkai persoalan hubungan
antara Al-Quran, Sains dan Tuhan dengan begitu teliti dan akhirnya saya sedar
bahawa dalam hidup ini terdapat pelbagai ilmu yang perlu saya pelajari supaya
saya tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung. Mungkin selepas ini saya
akan mengkaji lagi ilmu-ilmu seperti ilmu Kitab Injil atau ‘Bible’, ilmu
astronomi, ilmu perubatan dan ilmu perbandingan agama dengan orang-orang yang
bertauliah lebih-lebih lagi Allah telah menyatakan dalam Al-Quran suatu ayat
yang bermaksud, ‘Tanyalah kepada pakar jika kamu tidak mengetahui.’ Tegasnya,
novel ini memberikan pengajaran kepada saya dan memperlihatkan saya suatu
dimensi yang berbeza dari sudut ilmu dalam hidup saya selama ini.
Di samping
itu, pengajaran yang lain pula ialah saya hendaklah tabah dalam menghadapi
ujian hidup yang diselitkan dalam novel bertajuk Renyah di mana novel ini
menjadi salah satu daripada komponen sastera untuk pelajar tingkatan 4.
Perkataan Renyah yang menjadi tajuk novel ini bermaksud sedih, pilu, gundah
gulana dan kecewa menggambarkan perasaan Dato Dolhi mengenangkan anak-anaknya
yang bermasalah seperti Mukhlis yang terlibat dalam suatu ajaran sesat, Dani
yang terjebak dalam kancak penyalahgunaan dadah serta Hasnol yang tergolong
dalam golongan yang mengamalkan rasuah dalam perniagaan. Melalui novel ini,
orang marhaen seperti saya berpendapat bahawa sifat tabah merupakan suatu sifat
yang penting dalam hidup. Walaupun mempunyai zuriat yang ramai, Dato Dolhi
tetap berasa sayu mengenangkan anak-anaknya yang dijangka akan membawa sinar
kebahagiaan dalam hidupnya kerana disangka cerah hingga ke petang namun hujan
di tengah hari. Oleh yang demikian, saya mestilah sabar seperti Dato Dolhi
dalam menghadapi tribulasi dalam hidup kerana saya yakin, setiap perkara yang
berlaku pasti ada hikmahnya.
Selain
itu, saya juga memperoleh suatu perngajaran yang baik melalui novel Vehaen:
Suatu Cerita tulisan Ainul Farihah iaitu saya mestilah setia terhadap
sahabat-sahabat saya. Novel yang mengisahkan tentang kehidupan dan ukhuwah
antara tiga sahabat iaitu Aamir Rif’at, Imran Fatih dan Amrullah Khairi ini
banyak memberikan saya suatu perspektif yang berbeza tentang keutuhan sebuah
persahabatan yang dijalinkan kerana-Nya. Ketika peristiwa Amrullah Khairi
difitnah memecah masuk ke dalam sebuah bilik yang menempatkan soalan peperiksaan
semester, Imran Fatih serta Aamir Rif’at tetap setia membelanya. Ternyata
Amrullah Khairi tidak tergugat dengan fitnah yang dilemparkan dan berkata
bahawa jika seorang telah difitnah sehinggakan satu dunia tidak mempercayainya
namun dia hanya tenang, keadaan itu hanyalah kerana dua perkara iaitu dia
percaya bahawa Tuhan sedang menguji keimannya dan dia masih menpunyai dua
sahabat yang menyokongnya. Oleh kerana itu, sewajarnya saya setia kepada
sahabat-sahabat saya kerana bagi saya persahabatan itu ibarat tasbih, walaupun
terputus ikatan tasbih itu, biji-biji tasbih tetap tidak akan pecah. Jadi
seharusnya saya menghargainya sahabat-sahabat saya sekarang kerana seorang
sahabat boleh menjamin sama ada saya akan ke Syurga atau Neraka.
Pengajaran
terakhir yang saya peroleh dalam pembacaan novel ialah saya janganlah menjadi
pengecut apabila menghadapi sesuatu kejadian. Pengajaran ini telah diselitkan
secara tersirat dalam sebuah novel yang saya maksudkan di sini ialah novel yang
bertajuk Si Pengejar Layang-Layang atau ‘The Kite Runner’ tulisan Khaled
Hosseini yang telah diterjemahkan kepada kurang daripada 70 bahasa termasuklah
Bahasa Melayu dan telah menduduki carta novel terlaris dalam ‘New York Times’
selama 50 minggu berturut-turut. Novel ini mengisahkan persahabatan antara Ali
dan Hasan yang mula goyah apabila Ali iaitu anak kepada majikan ayah Hasan yang
bekerja di rumahnya telah melihat suatu keganasan seksual yang dilakukan oleh
Assef terhadap Hasan walaupun ketika itu mereka bertiga masih kecil. Akibat
daripada peristiwa tersebut, Ali berasa takut untuk mendekati Hasan seraya
memfitnah Hasan dengan menuduh Hasan mencuri jam tangannya. Akhirnya, ayah
Hasan iaitu Agha Baba bersama Hasan keluar dari rumah itu dengan hati yang
terluka. Melalui peristiwa ini, saya mendapati bahawa Ali sebenarnya takut untuk
melakukan tindakan seterusnya apabila melihat suatu perbuatan jijik dilakukan
ke atas Hasan dan dia sepatutnya tidak boleh bersikap sedemikian. Oleh yang
demikian, saya jadikan kisah Ali dan Hasan ini sebagai teladan supaya saya
tidak bersikap pengecut untuk mengambil tindakan yang sewajarnya apabila
mendepani suatu keadaan yang sukar. Tegasnya, novel ini seharusnya dimiliki
oleh seluruh rakyat Malaysia kerana pelbagai pengajaran dan ilmu diselitkan di
dalamnya seperti keadaan negara Afganistan yang kacau bilau, hubungan saudara
tiri yang dingin dan sebagainya.
Pada hemat
saya, karya-karya sastera seharusnya dimartabatkan dalam negara Malaysia untuk
mengatasi masalah rakyat negara ini yang dikatakan malas membaca. Karya-karya
yang dihasilkan perlulah ditapis terlebih dahulu sebelum dipasarkan di
kedai-kedai buku, pesta buku dan beberapa medium lain supaya rakyat Malaysia
akan terdedah kepada hasil karya yang benar-benar berkualiti dan memberi
manfaat. Ingatlah bahawa tiada kejayaan yang tidak diiringi dengan kesukaran
jadi sepatutnya penerbit dan penulis mencari idea untuk menghasilkan lebih
banyak idea yang berkualiti walaupun perkara ini akan membuka sedikit jalan
kesukaran dan mengambil masa yang lama. Ingin saya tegaskan di sini bahawa saya
dan semua anak jati Malaysia berusaha memperkasakan lagi budaya membaca
sebagaimana ayat pertama yang diturunkan di dalam Al-Quran yang menyuruh kita
membaca kerana melalui pembacaanlah, masyarakat akan menjadi lebih bertamadun
dan berilmu tinggi bagi mencapai wawasan yang kian dilaungkan kepada rakyat
Malaysia marcapada ini iaitu Wawasan 2020.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Syukran kerana membaca!
great!! proud of you my sahabt...your secret admire since form 1-anis amalin-
ReplyDeleteuhuhuhuh'
DeleteWaaaaaa, Anis! :) Syukran :))
ReplyDeleteThanksss... soalan karangan spm 2015 sama dengan soalan nii...nanti boleh laa sy buat rujukan untuk diri sy...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Selamat menulis! :)
ReplyDeleteSo usefull
ReplyDeleteSyukur :)
Deletesepepuk
ReplyDeleteYes? :)
Deletegkugkug
ReplyDeletegkugkug
ReplyDelete😊😊😊
DeleteSangat menarik... Saya minta kebenaran copy ye..
ReplyDeleteBoleh tapi kreditkan nama saya ye. Terima kasih 😊
DeleteBoleh tapi kreditkan nama saya ye. Terima kasih 😊
Deletemohon copy ayat pendahuluan yerr (^<>^)
ReplyDeleteOkey :) Silakan tapi kreditkan nama saya ye 😊
Deletewaaa...terima kasih mnx izin jadikan rujukan bleh,,doakn saye spm 2k16
ReplyDeleteAlhamdulillah, silakan menjadi rujukan :) I wish you best of luck in SPM ^^ Moga dapat result yang terbaik!
Deletekarangan terbaik.. teruja membacanya.. minta kebenaran untuk jadikan rujukan.. tq
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih atas komen. Silakan :)
ReplyDeletesangat baik dan berisi penulisannya.. ada instagram atau pun fb untuk di follow?
ReplyDeleteAlhamdulillah. Syukur jika ianya bermanfaat. Ada :) IG: @ainatilaaa_
DeleteFB: Nor Ain Atila Ibrahim
Tq ☺
ni utk dimensi satera eh????
ReplyDeleteHaah :)
DeletePergh terbaik la akak......sangat sesuai dijadikan rujukan untuk ulangkaji spm
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih kerana baca blog akak :)
DeleteIzinkan sye untuk menyalinnya.. terima kasih..
ReplyDeleteIzinkan sye copy.. thanks...
ReplyDeleteBombastik!!!
ReplyDeleteizinkan saya copy. terima kasih :)
ReplyDeleteterbaiklah akak ! >_<
ReplyDeleteSerious sebijik soalan karangan macam trial bm esok ! Saya enjoy baca karangan akak sebab saya pun more ke arah sastera macam akak jugak 😆 so , why not akak buat karangan sastera tapi lebih open . Maksud saya , karangan sastera di peringkat international . So masukkan jugak pasal sasterawan or novelist luar negara like j.k Rowling and so on . Yeah it just my opinion ! You can take it or leave it hehe . Stay safe ♥️♥️♥️
ReplyDeleteKarangan best!!
ReplyDelete