Akhi, Anta Hurrun!






Assalamualaikum and hello! Fuh, dah lama tak update blog. So here, saya nak berkongsi secebis puisi yang perghh serious mantap dan menyentuh hati. Puisi ini ialah tulisan As-Syahid Sayyid Qutb yang  bertajuk Akhi, Anta Hurrun! (Saudaraku, Engkau Sebenarnya Merdeka!). Semoga puisi ini menyentuh tepat pada hati mereka yang terasa lemah semangat dalam perjuaangan hidup berTuhan, InshaALLAH.

 
_______________________________________________________________________________


Saudaraku, engkau sebenarnya merdeka (walaupun dikurung) di sebalik jeriji besi itu,
Saudaraku, engkau sebenarnya merdeka (walaupun) diikat dengan gari-gari itu,
Sekiranya engkau berpegang teguh kepada Allah,
Nescaya tiada tipu daya hamba yang dapat memudaratkanmu.

Saudaraku, apakah yang berlaku sekiranya engkau jemu untuk berjuang?
Dan engkau melemparkan dari bahumu segala senjata-senjata?
Siapakah yang akan mengubati luka para tentera yang cedera di medan peperangan?
Dan siapa pula yang akan mengangkat kembali bendera kita?

Saudaraku, sesungguhnya aku pada hari ini adalah tukul besi yang keras,
Aku akan menghancurkan segala sihir/tipu daya jahat segala gunung-gunung yang mencakar langit (pemerintah yang zalim),
Pada hari esok aku akan menghapuskannya dengan pukulan penghabisan,
Segala kepala-kepala ular sehingga ia hancur berkecai.

Saudaraku, sekiranya engkau mengalirkan airmatamu atas pemergianku,
Dan engkau sirami pusaraku dengan airmata itu dengan penuh khusyuk (sedih),
Maka nyalakanlah bagi mereka (generasi berikutnya) daripada tulang-belulangku sebagai lilin,
Dan maralah dengannya ke arah kegemilangan yang menanti.
,
Saudaraku, sekiranya kami mati kami pasti akan bertemu dengan kekasih-kekasih kami,
Bahkan taman Syurga Tuhanku tersedia buat kami,
Serta burung-burungnya akan berterbangan di sekeliling kami,
Maka bergembiralah bagi kami dalam negeri yang abadi ini.

Aku pasti akan menuntut bela, atas dasar Tuhan dan agama,
Dan aku akan terus mara dengan perjalananku ini dengan penuh keyakinan,
Sama ada ia berupa kemenangan di atas semua manusia,
Ataupun ia adalah kepulanganku kepada Allah di dalam negeri yang kekal.


__________________________________________________________________________

 
“Dan jangan sekali-kali kamu menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) di jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.” [Ali Imran, 3:169]’

 
“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam Syurga-Ku.” [A-Fajr, 89 : 27-30]



 Senyum.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bahasa Melayu - Contoh Karangan Sastera

Vehaen : Secebis Coretan