Review untuk Novel Konspirasi Suami


Assalamualaikum.

Hari ini aku nak share satu novel sebab dah janji hari tu. Novel yang bertajuk Konspirasi Suami oleh Kak Maya Iris.


MashaAllah, novel ini sangatlah best sampaikan apabila aku baca beberapa page terakhir tu, I’m just like, “Alaa, janganlah habis lagi. Sedih woi.” Best sangat. Memanglah ada perkataan ‘Suami’ dalam tajuk novel ini tetapi novel ini bagi aku tidak mengetengahkan tema percintaan sangat (macam novel-novel lain) and aku memang enjoy baca sebab aku dah muak baca novel-novel yang cliché, lol.

Novel ini bertemakan suatu konspirasi yang amatlah wow bagi aku dan relevan pada zaman sekarang, serious cakap. Imam Mahdi, ‘Raja Besar Israel’, Arab Saudi, Zionisme, Mekah dan  Asia Tenggara antara perkara yang disebutkan dalam novel ini. Daripada pembacaan aku, ada beberapa perkara baru yang aku dapat ketahui, antaranya,

- Teknik waterboarding yang digunakan oleh pihak Zionis untuk mengugut musuh bagi menceritakan rahsia yang mereka yang tahu

- Taktik serangan pihak Zionis : Mengapa Zionis mencetuskan kekacauan di negara sekeliling Arab Saudi (seperti Iraq, Libya, Mesir etc) tetapi Arab Saudi terkecuali daripada kekacauan tersebut

- Konsep riba yang diperkenalkan oleh pihak Zionis dan digunakan oleh semua manusia (kita tidak terkecuali)

- Kata-kata batil Zionis tentang soya, Macdonalds, serbuk putih dan daging kambing

- Amerika Syarikat menjadi tali barut Zionis

- Mengapa orang Arab diuji dengan kemewahan

- Pembinaan menara jam berdekatan dengan Kaabah di Mekah

- Kedatangan hiburan di Malaysia = Hindustan dan Kpop

- Kepentingan emas (gold) bagi orang Yahudi

- Ajaran batil dalam kitab Yahudi iaitu Talmud

- Kesilapan dalam buku Sejarah pelajar tentang kedatangan penjajah ke Malaysia

- Protokol Zionis

- Tanggapan orang Yahudi kepada orang bukan Yahudi

-  Siapa Raja Besar Israel


Seriously aku suggestkan anda untuk baca novel ini sebab novel ini menyebutkan fakta-fakta dalam bentuk penceritaan seperti kaedah penulisan yang aku lakukan dalam From.Heart.To.Heart. Ramai orang tidak gemar membaca buku yang menyebutkan fakta secara direct jadi novel inilah yang sesuai dibaca kerana anda tidak akan bosan (inshaAllah) apabila membaca fakta yang diketengahkan dalam bentuk penceritaan.

Novel ini agak tebal, mempunyai 686 mukasurat tetapi amat berbaloi kerana harganya hanya RM25.00. Biasanya novel tebal di pasaran berharga RM28+++. Plus akak Maya Iris membuat banyak rujukan untuk fakta-fakta terutamanya tentang konspirasi. Antara rujukan beliau ialah :

-End Time of Destruction of The Arabs by Sheikh Imran Hosein. Youtube
- Dajjal’s Modern Western Feminist Revolution by Sheikh Imran Hosein. Youtube
- Tanda-tanda Kiamat. Ibnu Kathir. Pustaka Al Shafa. 2011
-Yahudi, Syiah dan Dajal. Penyebar Fitnah, Pemesong Aqidah. Sabarudin Hussein. PTS Islamika Sdn.Bhd. 2014

So, that’s all. All the best untuk pembaca dan Kak Maya Iris. 

Comments

  1. Menariklah review nie.. Tgh dalam proses nak dapatkan novel ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Belilah akak, it is worth-buying! :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bahasa Melayu - Contoh Karangan Sastera

Akhi, Anta Hurrun!

Vehaen : Secebis Coretan