Akhi, Anta Hurrun!
Assalamualaikum and hello! Fuh, dah lama tak update blog. So here, saya nak berkongsi secebis puisi yang perghh serious mantap dan menyentuh hati. Puisi ini ialah tulisan As-Syahid Sayyid Qutb yang bertajuk Akhi, Anta Hurrun! (Saudaraku, Engkau Sebenarnya Merdeka!). Semoga puisi ini menyentuh tepat pada hati mereka yang terasa lemah semangat dalam perjuaangan hidup berTuhan, InshaALLAH. _______________________________________________________________________________ Saudaraku, engkau sebenarnya merdeka (walaupun dikurung) di sebalik jeriji besi itu, Saudaraku, engkau sebenarnya merdeka (walaupun) diikat dengan gari-gari itu, Sekiranya engkau berpegang teguh kepada Allah, Nescaya tiada tipu daya hamba yang dapat memudaratkanmu. Saudaraku, apakah yang berlaku sekiranya engkau jemu untuk berjuang? Dan engkau melemparkan dari bahumu segala senjata-senjata? Siapakah yang akan mengubati luka para tentera yang cedera di medan peperangan? Dan...