BAB 11 [From.Heart.To.Heart.]



Rafeeqi menghubungi Haseef Ashraff. Dia tekad bahawa dia nak belajar ilmu agama, by hook or by crook. Hati ni dah rasa kosong.

    "Assalamualaikum, abang.”

    “Waalaikumussalam, Chad.” Pelik, selama ni tak pernah pun adik usrahnya ni call dia. Dia yang call Rafeeqi Irsyad tu adalah.

    “Bila nak buat usrah?”

    Eh? Haseef Ashraff terkejut. “Minggu depan, hari Ahad. Kenapa ni?”

    “Aku kan dah lama tak datang usrah, bang. Dah lupa bila usrah diadakan.” Dia berhenti seketika. “Abang, aku rasa… Aku nak belajar ilmu agamalah.”

    Lebar senyuman Haseef Ashraff di hujung talian. “Alhamdulillah. Nak belajar agama ya? Chad belajarlah daripada ustaz-ustaz yang sahih.”

    “Masalahnya sekarang, kat sini susah nak belajar ilmu agama.”

    Haseef Ashraff mengangguk. “Esok abang teman Rafeeqi pergi beli buku-buku agama. Lepas tu abang rasa Rafeeqi boleh dengan lecture or ceramah daripada ulama’-ulama’ besar di youtube. Tunggu nanti cuti ni, boleh balik Malaysia, cari ustaz-ustaz yang boleh ajar Chad ilmu agama. Hm. Satu lagi, nanti attend usrah.” Haseef Ashraff senyum.

    “Rightio. InshaAllah abang. Thanks so much.”

    “Not a problem.”


*****


“Ingat lagi kisah Perang Uhud? Perang ketika bulan Syawal. Antum semua tahu tak berapa orang sahabat Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam yang syahid dalam Perang Uhud?” Haseef Ashraff bertanya kepada ahli-ahli usrahnya. Hari ni usrah diadakan di rumah Haseef Ashraff sendiri. Ain Jasmin berada di dapur sedang memasak makanan.

    Ahli-ahli usrahnya menggelengkan kepala termasuklah Rafeeqi Irsyad.

    Haseef Ashraff menyambung bicaranya. “70 orang sahabat syahid di medan perang ini. Peperangan ini umat Islam kalah di tangan orang kafir. Peperangan yang menyentuh hati umat Islam dan banyak member iktibar kepada kita.”

    “Dalam 70 orang sahabat Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam yang syahid itu, 69 orang daripadanya diseksa mayat mereka. Tubuh mereka dikelar dengan kejam.” Haseef Ashraff menarik nafas. “Masih ingat Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib?”

    Eijat menjawab, “Beliau bapa saudara kepada Nabi Muhammad Sallahu’alaihiwasallam dan amat cinta akan anak saudaranya.”

   “Betul tu, Eijat. Sayangnya Saidina Hamzah kepada Nabi Muhammad sehinggakan ada suatu kisah yang menyatakan bahawa ada seseorang berkata kepada beliau, ‘Hamzah, Hamzah! Ada orang menghina anak saudaramu, Muhammad.’ Saidina Hamzah bertanya dengan penuh ketegasan, ‘Siapa?’ Dia menjawab, ‘Abu Jahal.’ Saidina Hamzah berkata, ‘Kemudian, apa yang dilakukan oleh Muhammad?’ Orang tersebut menjawab, ‘Tiada apa-apa. Dia diam sahaja.’ Panas hati Saidina Hamzah mendengar cerita itu, merah mata beliau. Beliau terus bangun dan meluru mencari Abu Jahal. Ternampak sahaja Abu Jahal, tanpa bercakap banyak lagi, terus dipukul Abu Jahal sehingga berdarah seraya berkata, ‘Apakah kamu masih berani mencela Muhammad sedangkan aku pun telah memeluk agamanya?’ Kelu lidah Abu Jahal. Hamzah, singa di medan perang telah menyebelahi Nabi Muhammad.”

    Haseef Ashraff meneruskan bicaranya. “Sebenarnya ketika itu Saidina Hamzah belum memeluk Islam lagi. Namun, beliau yakin dengan anak saudaranya yang tidak pernah berdusta. Beliau memikirkan kembali kata-katanya kepada Abu Jahal. Akhirnya, beliau menemui Nabi Muhammad Sallahu’alaihiwasallam dan terus menyatakan keislamannya dengan penuh yakin.”

    MashaAllah.                                                                                                                                   

    “Back to kisah Perang Uhud. Saidina Hamzah merupakan salah seorang para sahabat yang syahid di medan perang tersebut. Hidung, zakar, telinga, tangan Saidina Hamzah telah dipotong. Perut Saidina Hamzah dibelah oleh hamba milik Hindun binti Utbah dan hati beliau dimakan oleh Hindun.” Haseef menahan sebak mengenangkan peristiwa tersebut. “Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam berasa amat sedih dengan kematian bapa saudara yang dicintai Baginda. Baginda bersumpah akan membalas dendam kepada Hindun bt Utbah lalu turunlah ayat daripada Allah tentang hukuman qisas, iaitu membalas balik dengan hukuman yang serupa. Allah turun menyatakan bahawa sabar itu lebih baik. Rasulullah memilih untuk bersabar walaupun tatkala melihat Hindun bt Utbah, terpancar kekejaman perempuan tersebut terhadap Saidina Hamzah, Asadullah. Hasil daripada kesabaran Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam, akhirnya Hindun bt Utbah memeluk Islam dan berjuang menegakkan agama Islam. Dan Alhamdulillah, beliau mati dalam keadaan Islam.” Haseef Ashraff tersenyum.


Comments

Popular posts from this blog

Bahasa Melayu - Contoh Karangan Sastera

Akhi, Anta Hurrun!

Vehaen : Secebis Coretan