Posts

Showing posts from November, 2016

DAJJAL : Antara 10 Tanda Akhir Zaman

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Pada kesempatan ini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai ilmu akhir zaman yang saya kaji dan pelajari setelah berbulan-bulan saya tidak berkongsi apa-apa penulisan di blog ini, futur agaknya, Allahu :’) Moga Allah berikan kita kefahaman tentang ilmu ini, inshaAllah.                 Sebelum itu, hendaklah kita sedar bahawa ilmu akhir zaman ini merupakan suatu ilmu yang sangat penting. Hadith-hadith akhir zaman hendaklah dibaca dan dikaji sebaik-baiknya oleh para asatizah kerana kita sudah berada pada penghujung zaman. Isu-isu dunia seperti pertumpahan darah di Palestin dan Syria perlu diambil berat kerana salah satu sebab Masjidil Aqsa di Palestin hendak diruntuhkan ialah berkait dengan akhir zaman.                 Pada ruang dan peluang ini, saya ingin mengkhususkan perkongsian saya ten...