#2 Contoh Karangan Sastera (nombor 5)
Assalamualaikum. Contoh karangan sastera nombor 5 yang kedua. SOALAN : Baru-baru ini, anda telah dihadiahkan sebuah novel oleh ibu anda. Tuliskan satu ulasan tentang novel tersebut. ______________________________________________________________________________ Tajuk novel : Konspirasi Suami Penulis novel : Maya Iris Harga : RM25.00 Penerbit : GedeBook Ketebalan : 686 mukasurat Pengulas : Nor Ain Atila binti Ibrahim Terkoyak bibir saya dengan sebuah senyuman apabila ibu saya yang tercinta menghadiahkan sebuah novel kepada saya sempena hari lahir saya pada bulan Jun yang lepas. Sebuah novel yang bertajuk Konspirasi Suami tulisan Maya Iris yang mana apabila melihat sahaja kepada kulit luar novel ini, saya sudah dapat mengagak bahawa novel ini bukanlah novel yang biasa-biasa. Kulit luar novel ini yang menunjukkan seorang lelaki dengan stetoskop tergantung di lehernya sambil memegang sepucuk pistol menjadi suatu asbab kukuh untuk saya meneruskan pem...